Al-Taqrir: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Al-Taqrir: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan by Issue Date
Now showing 1 - 5 of 5
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dalam Mahkamah Tinggi syariah Negeri Sembilan Shamin Suraya Binti Nik Mansor lwn Mohamad Fahmi Bin Hussin(No. Kes: 05200-016-0424-2020)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025)Ruzita RamliAlasan penghakiman ini melibatkan tuntutan mut’ah. Permasalahan utama ialah: (i) sama ada Plaintif berhak menerima mut’ah; dan (ii) sama ada jumlah RM101,000.00 yang dituntut munasabah. Kerangka undang-undang bertunjangkan Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 (hak mut’ah jika diceraikan tanpa sebab yang patut). Defendan berhujah tuntutan ini ditolak disebabkan Plaintif telah menggugurkan haknya melalui persetujuan lisan dan mendakwa Plaintif nusyuz.Metodologi Mahkamah berasaskan penilaian keterangan dan dokumen, konsistensi saksi, serta penerapan ijtihad hakim berpandukan nas al-Quran dan kaedah fiqh serta kes terdahulu bagi menentukan punca perceraian dan kelayakan mut’ah. Dakwaan bahawa Plaintif menggugurkan hak mut’ah ditolak berasaskan prinsip tatacara persetujuan di bawah seksyen 99, 94 dan 131 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 (ETMMS 2003), serta diperkukuh melalui Arahan Amalan No. 6/2008 dan No. 9/2015 kerana tiada persetujuan direkod/ diendors sebagai perintah; dakwaan nusyuz turut ditolak kerana tiada sabitan penghakiman bersandarkan seksyen 121 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 (EUUKINS 2003). Dalam menentukan kadar, Mahkamah mempertimbangkan lapan faktor di bawah Seksyen 58(2) EUUKINS 2003, termasuk keperluan pascacerai, kemampuan suami pada tarikh perceraian, tempoh perkahwinan (10 tahun), serta pengorbanan Plaintif. Mengambil kira pendapatan Defendan sekitar RM7,996.52 ketika perceraian dan penilaian berwajaran terhadap faktor-faktor tersebut, Mahkamah memerintahkan mut’ah RM21,978.00, dibayar secara berjadual. Kos ditanggung sendiri oleh pihak-pihak.5 13 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban Noor Hasliza Binti Alias Lwn Rusli Bin Mohamad(No. Kes: 05008-022-0674-2019)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025)Yuhanis YusopPlaintif dalam kes ini menuntut untuk mengubah perintah nafkah anak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban bertarikh 6.3.2018. Dalam kes ini terdapat keperluan perbelanjaan anak-anak tersebut yang kini telah meningkat usia, iaitu anak pertama kini telah mencecah usia 20 tahun dan tinggal bersama Defendan. Pada masa yang material, anak kedua dan anak ketiga tersebut kini berada di bawah jagaan Plaintif dan tinggal bersama Plaintif. Oleh itu, tuntutan-tuntutan perbelanjaan yang dituntut oleh Plaintif adalah khusus kepada anak kedua dan anak ketiga yang masih bersekolah. Defendan dalam kes ini bersetuju dan mengakui bahawa kadar perintah nafkah bertarikh 6.3.2018 adalah perlu diubah berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan dalam Penyata Tuntutan Plaintif. Walau bagaimanapun, jumlah nafkah yang diperuntukkan dikekalkan untuk anak kedua dan anak ketiga. Persoalan yang perlu diputuskan ialah sama ada berlaku perubahan keadaan (material change of circumstances) yang membolehkan Mahkamah mengubah perintah nafkah anak yang berkuat kuasa, serta sama ada jumlah nafkah baharu yang dituntut adalah munasabah selaras dengan keperluan anak-anak dan kemampuan pihak Defendan.5 3 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban Noor Afiqah Shuhaidah Binti Khairuddin lwn Khairuddin Bin Abu Samah(No. Kes: 2303-L0205-124-0262)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025)Nurul Fadhlina Che DaudKes ini berkaitan tuntutan wali enggan yang difailkan oleh Plaintif terhadap bapanya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban di bawah Seksyen 13(b) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Plaintif menuntut agar pernikahan dengan calon pilihannya dapat dilangsungkan setelah Defendan enggan mewalikannya tanpa alasan munasabah. Mahkamah meneliti keterangan kedua-dua pihak, saksi-saksi, serta merujuk dalil al-Quran, al-Hadis, dan pandangan fuqaha. Mahkamah percaya, peranan wali dalam akad nikah ini telah dimaklumi umum, merupakan satu rukun nikah yang tidak boleh dipandang ringan. Wali berfungsi sebagai pelindung dan penasihat kepada wanita, khususnya dalam urusan perkahwinan yang melibatkan masa depan dan maruah. Keadaan wali yang enggan menikahkan anak perempuannya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif, bukan sahaja terhadap anak perempuan yang terlibat, tetapi juga terhadap institusi kekeluargaan dan masyarakat secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak akan sewenang-wenangnya memberi kebenaran wali raja tanpa mempertimbangkan keterangan daripada wali bagi mengimbangi hak wali dan hak anak perempuan itu sendiri. Walau bagaimanapun, dalam kes ini selepas pihak wali diberikan ruang untuk memberi keterangan dan membuktikan dakwaan berkaitan kengganannya, analisis Mahkamah mendapati bahawa kuasa wali mujbir tetap terikat dengan syarat sekufu serta larangan menolak calon suami yang beragama dan berakhlak baik. Dalam kes ini, calon suami Plaintif didapati sekufu, berpendidikan, berpendapatan stabil, dan tidak mempunyai halangan syarak. Alasan Defendan mengenai keengganannya tidak dapat dibuktikan serta tiada calon lain pilihan wali yang lebih sekufu dikemukakan. Mahkamah memutuskan bahawa Defendan telah enggan mewalikan Plaintif tanpa alasan syarie yang sah. Oleh itu, Mahkamah memberi persetujuan dan membenarkan pernikahan Plaintif dilangsungkan melalui wali hakim (Wali Raja). Keputusan ini menegaskan prinsip bahawa hak wali mujbir tidak boleh disalahgunakan untuk menghalang perkahwinan yang sah di sisi syarak, khususnya apabila syarat sekufu dan kerelaan pihak perempuan telah dipenuhi.4 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dalam Mahkamah Tinggisyariahnegeri Sembilan Rosnani Binti Mohd Rosdilwnjazlan Annuar Bin Abdul Jabbar(No. Kes: 05100-017-0410-2017)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025)Zulfikri Yasoa’Harta sepencarian dalam kes ini adalah sebuah rumah yang merupakan harta tak alih. Dalam menentukan berapakah bahagian yang layak diperolehi oleh pihak-pihak dalam kes ini, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 122 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, takat sumbangan pihak-pihak dalam proses pemilikan harta tersebut atau kemajuan harta tersebut menjadi perkara asas yang dipertimbangkan dalam pengiraan bahagian yang wajar. Terdapat dua bentuk sumbangan iaitu sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung. Mahkamah mengambil pendekatan yang agak teliti dalam melihat takat sumbangan pihak-pihak. Pendekatan yang diambil bagi pengiraan sumbangan langsung dibuat dengan mengambil kira perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak. Dalam pengiraan takat sumbangan tidak langsung pula, keadaan isteri yang bekerja atau tidak bekerja turut menjadi pertimbangan. Selain itu, Mahkamah meneliti bagaimana tempoh perkahwinan turut mempengaruhi kaedah pengiraan dalam menentukan kadar sumbangan tidak langsung yang sesuai dan wajar kepada isteri.7 1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dalam Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan Mohd Musa Bin Sariplwnketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan (No. Kes:2408-A0005-483-0029)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025) ;Hussin bin Harun ;Mohd Shukor bin SabudinMohamad Shakir bin Abdul HamidKes ini berkaitan dengan permohonan Bantahan Awal yang difailkan oleh Pemohon terhadap Notis Rayuan Responden melalui Kes Rayuan No.: 2402-A0005-001-0004 bertarikh 31 Januari 2024. Pemohon berhujah bahawa Notis Rayuan tersebut tidak teratur dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang, khususnya seksyen 171(1), 171(2) dan 157(2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 (ETJSNS 2003). Sebelum itu, Pemohon telah berjaya dalam Permohonan Semakan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan pada 30 Januari 2024. Mahkamah Tinggi menerima semakan dan mengubah keputusan Mahkamah Rendah Syariah Seremban yang sebelum ini mengarahkan Pemohon membela diri dalam satu kes jenayah Syariah. Sebaliknya, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan kedua-dua Pemohon daripada pertuduhan di bawah seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (EJSNS 1992). Responden yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu telah memfailkan Notis Rayuan pada 31 Januari 2024. Namun, Mahkamah Rayuan Syariah berpendapat bahawa Responden gagal mendapatkan kebenaran untuk merayu sebagaimana diwajibkan undang-undang. Tambahan pula, Notis Rayuan tersebut dianggap cacat daripada segi prosedur dan tidak memenuhi kehendak prosedur yang ditetapkan. Mahkamah memutuskan untuk menerima bantahan awal Pemohon dan membatalkan Notis Rayuan Responden. Keputusan ini menegaskan pentingnya pematuhan kepada prosedur rayuan demi memastikan proses keadilan berjalan secara teratur.8 7