Jurnal Sains Insani
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Jurnal Sains Insani by Subject "Abbasiyyah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sirah Nabawiyyah dan Byzantine Rom: Analisis Terhadap Surat Ibn al-Layth Kepada Empayar Rom(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017); ; ; ; ; Ummi Kamila Binti Mior Ahmad RamdzanMenurut Nadia el-Sheikh, di zaman Constantine IV, Kerajaan Byzantine melaksanakan polisi yang aggresif terhadap Kerajaan Abb?siyah. Mereka telah menghentikan bayaran jizyah kepada Kerajaan Abb?siyyah sehingga menyebabkan Khal?fah al-R?shid (m. 193/809) mengarahkan supaya satu surat amaran dikeluarkan kepada Empayar Rom. Mu?ammad ibn al-Layth (m. 203/819) telah merangka satu surat amaran bagi pihak al-R?shid memperingatkan Byzantine tentang perkara ini. Anehnya, menurut analisis terhadap surat tersebut, hanya 15% sahaja daripada kandungan surat ini yang dirangka berhubung isu jizyah, manakala baki 85% lagi adalah kandungan peringatan yang mempunyai unsur keagamaan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk (1) mengkaji isi kandung surat Ibn al-Layth tersebut yang mempunyai elemen Sirah Nabawiyyah, (2) meneliti apakah punca Ibn al-Layth meletakkan elemen S?rah Nabawiyyah di dalam suratnya kepada Maharaja Rom tersebut (3) dan menghuraikan perkaitan elemen S?rah Nabawiyyah dengan Kerajaan Byzantine Rom. Kajian ini bersifat tekstual. Metod yang digunakan adalah tertumpu kepada analisis teks. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa elemen keagamaan dan S?rah Nabawiyyah yang terkandung di dalam surat ini adalah bersifat tekanan keagamaan yang menggambarkan Kerajaan Ab?ssiyyah bukan sahaja teguh dengan sokongan kekuatan ketenteraan fizikal malah dipacu oleh unsur keagamaan yang dipimpin terdahulu oleh Nabi yang dinukilkan dalam sejarah.6 31