Jurnal Sains Insani
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Jurnal Sains Insani by Subject "Abstract: In the modernity paradigm"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memperkasa Model Pendidikan Asas Artificial Intelligence (ai) Berasaskan Naqli Dan Aqli Di Era Globalisasi(PENERBIT USIM, 2024) ;Nurul Thaqifah Mat AropSetiyawan GunardiMeniti arus kemodenan, teknologi tidak dapat lagi dipisahkan dalam kehidupan seharian, bahkan menjadi bahagian integral dalam aspek kehidupan. Artificial Intelligence atau lebih dikenali sebagai AI merupakan cabang dalam ilmu perkomputeran yang dicipta berkeupayaan melakukan tugas sama seperti intelektual manusia walaupun tanpa kawalan manusia. AI telah membawa perubahan besar dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi, perniagaan, kesihatan dan pendidikan kerana kemampuannya mencerna maklumat, mengolah data, menyelesaikan masalah. AI juga mampu menganalisis pola yang kompleks secara tepat dan cepat menjadikannya medium yang sangat berguna dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti manusia. Namun begitu, setanding dengan kemampuannya yang luar biasa tentunya terdapat cabaran dan keburukan yang harus diperhati dan ditangani. Dalam memberikan pemahaman yang menyeluruh terhadap topik yang dibincangkan, kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan mengumpul data daripada sumber primer seperti Al-Quran dan Sunnah serta sumber sekunder seperti jurnal, penerbitan dan berita. Hasil daripadanya mendapati bahawa al-Adl(keadilan), Hifz al-Khususiyyah(menjaga hak privasi), Al -Musaalat wa as-Syafaafiyat (transparensi dan akauntabaliti), al-Musaalat wa as-Syafaafiyat(tiada diskriminasi) dan Hifz Izzah al-Insan (menjaga kehormatan manusia) adalah prinsip asas dalam memperkasa model pendidikan AI berasaskan dalil naqli dan aqli. Artikel ini diharapkan dapat membantu badan berautoriti, para penyelidik dan pembangun perisian AI dalam memastikan bahawa teknologi AI yang dibangunkan tidak bertentangan dengan nilai dan etika Islam agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh.