Jurnal Sains Insani
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Jurnal Sains Insani by Subject "Agensi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Maslahah Ke Atas Pensyaratan Pelaksanaan Haji Atau Umrah Melalui Agensi Pengelola(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019)Shamsuddin, M.Ibadah Haji adalah rukun Islam kelima, manakala ibadah Umrah adalah salah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Kedua-dua ibadah ini adalah hak Allah ke atas setiap muslim yang berkemampuan, dan dari sudut yang lain ia juga merupakan hak semua muslim untuk melakukannya. Memandangkan pelaksanaan kedua-dua ibadah ini melibatkan aspek-aspek yang pelbagai seperti keselamatan dan kesihatan, maka pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskannya telah meletakkan beberapa syarat tambahan, di samping syarat-syarat yang telah diletakkan oleh Syarak. Antara syarat-syarat tambahan ini ialah, larangan mengerjakan haji atau umrah tanpa melalui agensi pengelola yang sah. Kajian ini bertujuan menilai syarat larangan ini dari sudut syarak, dengan menekankan aspek kemaslahatan dan kemudaratan. Kajian ini mengandungi tiga perbahasan utama, dengan perbahasan pertamanya menjurus kepada pengenalan tajuk kajian dan pengertian beberapa istilah yang digunakan. Perbahasan kedua pula menyoroti latar belakang hukum larangan ini, manakala perbahasan ketiga membincangkan penilaian hukum larangan tersebut menurut konsep Maslahah. Kajian ini akan menggunakan metod kualitatif dengan menjadikan kaedah-kaedah syarak secara umumnya dan konsep Maslahah secara khususnya sebagai sandaran dalam menilai sejauh mana larangan mengerjakan Haji dan Umrah tanpa melalui agensi pengelola menepati Syarak.56 5