Publication:
Justifikasi Hukum Syarak Ke Atas Amalan Adat Perpatih Dalam Pewarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysia

dc.contributor.authorMualimin Mochammad Sahiden_US
dc.contributor.authorMuhammad Aunurrochim Mas’ad Salehen_US
dc.contributor.authorNik Rahim Nik Wajisen_US
dc.contributor.authorSetiyawan Gunardien_US
dc.contributor.authorMohd Nasir Abdul Majiden_US
dc.contributor.authorMariam Saidona Tagaranaoen_US
dc.contributor.authorNuur Athirah Ramlien_US
dc.date.accessioned2024-05-30T02:13:27Z
dc.date.available2024-05-30T02:13:27Z
dc.date.issued2017-06
dc.description.abstractTanah adat/ulayat dalam masyarakat Minangkabau di Indonesia dan Malaysia dikategorikan sebagai harta pusaka tinggi yang merupakan warisan turun-temurun dari leluhur dan dimiliki oleh suatu keluarga atau kaum. Dalam adat perpatih yang diamalkan sehingga ke hari ini, pusaka ini dianggap sebagai harta milik seluruh ahli keluarga yang diwariskan secara turun temurun melalui pihak perempuan (garis keturunan ibu). Berdasarkan kepada hukum warisan Islam (faraidh), amalan adat perpatih dalam pembahagian harta pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) ini dilihat bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pandangan dalam menerima amalan ini di kalangan masyarakat. Ada yang menerimanya sebagai satu amalan yang berdasarkan kepada pendekatan hukum wakaf keluarga (waqaf dzurri) dan ada juga yang menentangnya serta menganggapnya sebagai satu amalan yang bercanggah dengan hukum Islam dalam pembahagian warisan (faraidh). Menerusi kajian literatur dengan menggunakan kaedah perbandingan di antara hukum adat dan hukum syariah, kertas kerja ini akan membentangkan isu-isu berkaitan tanah adat sebagai harta pusaka yang diamalkan dalam adat perpatih. Selanjutnya mencadangkan pendekatan syarak dan jalan keluar (solusi) bagi ketidakjelasan hukum dalam amalan warisan pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) disebabkan perbezaan pandangan di antara golongan yang tidak bersepakat adakah ia dilarang ataupun dibenarkan dalam syarak. Hasil kajian mendapati bahawa jalan tengah yang boleh diambil dalam menyelesaikan isu hukum amalan warisan tanah adat ini adalah menerusi pendekatan wakaf keluarga (dzurri) dengan cara menjadikan pihak perempuan yang mewarisi harta tersebut hanya sebagai pemegang amanah. Oleh itu, status tanah tersebut adalah harta wakaf yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak keluarga namun tidak boleh diperjualbelikan.en_US
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15594
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.subjectTanah adat,en_US
dc.subjecttanah ulayat,en_US
dc.subjectharta pusaka,en_US
dc.subjectpusaka tinggi,en_US
dc.subjectadat perpatih,en_US
dc.subjectwakaf keluarga,en_US
dc.subjectwakaf dzurri,en_US
dc.subjectpusaka islamen_US
dc.titleJustifikasi Hukum Syarak Ke Atas Amalan Adat Perpatih Dalam Pewarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Justifikasi Hukum Syarak Ke Atas Amalan Adat Perpatih Dalam Pewarisan Tanah AdatUlayat Di Indonesia Dan Malaysia.pdf
Size:
885.95 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Justifikasi Hukum Syarak Ke Atas Amalan Adat Perpatih Dalam Pewarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysia
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: