Publication:
Iqra Braille Sebagai Modul Asas Pengajaran Dan Pembelajaran Tilawah Al-Quran Braille: Isu Ketidakseragaman Antara Dua Teks

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Penghasilan Iqra versi Braille telah banyakmembantu golongan OKU penglihatan untuk mempelajarial-Quran. Ia juga telah dijadikan sebagai bahan pengajaran utama dalam sukatan kurikulumPendidikan Islamdi sekolah-sekolah aliran perdana masa kini.Walaubagaimanapun, hasilkajian awal penyelidik didapati wujudnyabeberapa isu yang timbul apabila modul Iqra Braille ini dijadikan asas kepada pengajaran dan pembelajaran al-Quran Braille. Antara isu yang berbangkitadalah isu ketidakseragaman di antara teks Iqra Braille dengan al-Quran Braille dari sudut Rasm dan Dhabt.Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat tinjauanterhadap unsur ketidakseragaman yang terdapat di dalam kedua-dua teks tersebut.Kajian ini dijalankan dengan memberikan tumpuan kepadapenyemakantiga teksyang berkaitan iaitu teks mushaf al-Quran Braille terbitan PERTIS, teks Iqra Braille edisi pertama (2012) dan teks Iqra Braille edisi kemaskini (2015).Hasilkajian mendapati bahawa terdapat beberapa ketidakseragaman di antara teks Iqra Braille dengan teks al-Quran Braille terbitan PERTIS yang diguna pakai secara meluas di Malaysia. Asas utama ketidakseragaman ini berlaku keranabeberapaprinsip penulisan yang berbeza di antara teks-teks tersebut di mana teks Iqra Braille yang ditranskrip daripada teks Iqra yang asal adalahlebih cenderung mengikut kaedahRasm Uthmaniy manakala al-Quran Braille terbitan PERTIS pula ditulis menggunakan kaedah Rasm Imlai

Description

Keywords

Citation

Rasdi, M. N. A., Ahmad Razuan, S. R., Mohd Raus, N., & Jaafar, N. (2017). Iqra Braille Sebagai Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah Al-Quran Braille: Isu Ketidakseragaman antara Dua Teks. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 1(1). https://doi.org/10.33102/jqss.vol1no1.1