Publication:
Analysis Of Meaning Accuracy In The Translation Of Malay To Arabic Sentences Among Among Students Of Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Terjemahan berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan, maklumat dan mesej penting yang terkandung dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Terjemahan yang baik menyalurkan makna dengan tepat dan jelas bagi penghasilan optimum aspek keberkesanan dan pemahaman mesej. Oleh itu, terjemahan yang tepat memastikan maklumat yang terkandung dalam teks sumber dipindahkan kepada teks sasaran tanpa tiada maklumat yang tertinggal, ditambah, dikosongkan ataupun berbeza daripada teks sumber. Sebaliknya, apabila berlaku pengurangan makna iaitu maklumat dalam teks sumber tertinggal dalam teks sasaran, maka terjemahan yang tidak tepat terhasil. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis ketepatan makna bagi terjemahan ayat Melayu-Arab yang dihasilkan oleh para pelajar jurusan bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Metod kajian ini berbentuk pendekatan kualitatif dengan mengaplikasi kaedah analisis dokumen bagi mengumpul data kajian. Korpus kajian pula terdiri daripada ujian terjemahan ayat Melayu-Arab yang dipetik daripada pelbagai jenis teks. Analisis deskriptif terhadap isi kandungan ujian dilakukan bertujuan mengenal pasti ketepatan makna yang diberikan bagi ayat yang diterjemahkan oleh pelajar tahun 3 secara berkumpulan. Penguasaan bahasa Arab yang mendalam dalam kalangan pelajar merupakan satu syarat utama bagi mencapai tahap terjemahan yang baik dalam bahasa sasaran. Hal ini bagi memastikan terjemahan yang berkualti dan berkesan dari sudut penyampaian mesej serta makna yang tepat dan sejadi dapat dihasilkan.

Description

Vol. 32 No. 2

Keywords

Analisis, Ketepatan,Makna, Terjemahan, Arab-Melayu

Citation

A Bakar, A., Abd. Rahman, L., & Mansor, W. (2023). Analysis Of Meaning Accuracy In The Translation Of Malay To Arabic Sentences Among Among Students Of Universiti Sains Islam Malaysia: Analisis Ketepatan Makna Terjemahan Ayat Melayu-Arab Dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia . Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 32(2), 192–201. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/809