Publication: Teknologi Revolusi Industri 4.0 Untuk Kesejahteraan Ummah: Menyingkap Perspektif Rasail Nur
Loading...
Date
2021-10-06
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Islam adalah agama syumul meliputi pelbagai aspek kehidupan. Begitu juga, ehwal pembangunan dan kepesatan teknologi tidak dihalang dalam Islam. Selagi mana ia selari dengan apa yang digariskan di dalam panduan agama serta memberi manfaat kepada individu mahupun masyarakat, maka ia merupakan sesuatu yang sentiasa diraikan. Kajian ini bertujuan mengupas pembangunan teknologi khususnya di era revolusi industri 4.0 dari perspektif Islam. Penulisan ini juga berhasrat meneroka kewujudan teknologi dari kaca mata kitab Rasail Nur yang merupakan karya ulung seorang ulama negara Turki terkenal iaitu Badiuzzaman Said Nursi. Penulisan ini akan melihat satu persatu pandangan beliau tentang kemajuan dan pembangunan teknologi serta dipersembahkan ulasan dari setiap pandangan tersebut. Secara teknikalnya, naratif ini diteroka menerusi kaedah kepustakaan dan penyelidikan kualitatif umumnya. Ia menyelak satu persatu perspektif Badiuzzaman Said Nursi terhadap pembangunan teknologi dari sumber premier dan juga sumber sekunder di dalam keseluruhan koleksi Rasail Nur. Ia turut dikukuhkan dengan petikan-petikan dari pendapat dan pandangan Badiuzzaman Said Nursi yang menyokong ke arah pembangunan teknologi dan peranannya untuk kesejahteraan ummah dan individu muslim secara umum dan menyeluruh. Penulisan ini berhasil menyingkap bukti dan pandangan jelas Badiuzzaman Said Nursi berkenaan pembangunan teknologi di dalam Islam demi kemakmuran umat Islam. Secara tuntasnya, pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh Badiuzzaman Said Nursi adalah selaras dengan perspektif Islam dan mengukuhkan lagi setiap panduan-panduan yang digariskan bertunjangkan sumber utama kita iaitu Quran dan sunnah.
Description
PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021
“ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES”
6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H
Faculty of Quranic and Sunnah Studies
Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords
Teknologi, Revolusi Industri 4.0, Kesejahteraan Ummah, Badiuzzaman Said Nursi, Rasail Nur