Publication:
Teknologi Revolusi Industri 4.0 Untuk Kesejahteraan Ummah: Menyingkap Perspektif Rasail Nur

dc.contributor.authorSiti Fatimah Mohd Tawilen_US
dc.contributor.authorCelal Akaren_US
dc.date.accessioned2024-05-30T06:52:42Z
dc.date.available2024-05-30T06:52:42Z
dc.date.issued2021-10-06
dc.descriptionPAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.description.abstractIslam adalah agama syumul meliputi pelbagai aspek kehidupan. Begitu juga, ehwal pembangunan dan kepesatan teknologi tidak dihalang dalam Islam. Selagi mana ia selari dengan apa yang digariskan di dalam panduan agama serta memberi manfaat kepada individu mahupun masyarakat, maka ia merupakan sesuatu yang sentiasa diraikan. Kajian ini bertujuan mengupas pembangunan teknologi khususnya di era revolusi industri 4.0 dari perspektif Islam. Penulisan ini juga berhasrat meneroka kewujudan teknologi dari kaca mata kitab Rasail Nur yang merupakan karya ulung seorang ulama negara Turki terkenal iaitu Badiuzzaman Said Nursi. Penulisan ini akan melihat satu persatu pandangan beliau tentang kemajuan dan pembangunan teknologi serta dipersembahkan ulasan dari setiap pandangan tersebut. Secara teknikalnya, naratif ini diteroka menerusi kaedah kepustakaan dan penyelidikan kualitatif umumnya. Ia menyelak satu persatu perspektif Badiuzzaman Said Nursi terhadap pembangunan teknologi dari sumber premier dan juga sumber sekunder di dalam keseluruhan koleksi Rasail Nur. Ia turut dikukuhkan dengan petikan-petikan dari pendapat dan pandangan Badiuzzaman Said Nursi yang menyokong ke arah pembangunan teknologi dan peranannya untuk kesejahteraan ummah dan individu muslim secara umum dan menyeluruh. Penulisan ini berhasil menyingkap bukti dan pandangan jelas Badiuzzaman Said Nursi berkenaan pembangunan teknologi di dalam Islam demi kemakmuran umat Islam. Secara tuntasnya, pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh Badiuzzaman Said Nursi adalah selaras dengan perspektif Islam dan mengukuhkan lagi setiap panduan-panduan yang digariskan bertunjangkan sumber utama kita iaitu Quran dan sunnah.en_US
dc.identifier.epage899
dc.identifier.issn2811-3411
dc.identifier.spage889
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16877
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferencePROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021en_US
dc.subjectTeknologi, Revolusi Industri 4.0, Kesejahteraan Ummah, Badiuzzaman Said Nursi, Rasail Nuren_US
dc.titleTeknologi Revolusi Industri 4.0 Untuk Kesejahteraan Ummah: Menyingkap Perspektif Rasail Nuren_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
TEKNOLOGI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH MENYINGKAP PERSPEKTIF RASAIL NUR.pdf
Size:
575.4 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections