Publication:
Masalah Dan Cabaran Guru Tahfiz Dalam Pelaksanaan Pengajaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Dunia pendidikan semakin menuju kepada kemajuan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang juga semakin pantas dan pesat membangun. Guru tidak ketinggalan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dengan menggunakan teknologi masa kini yang diaplikasikan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran yang berkesan hasil daripada pendekatan yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar secara berkesan. Melaksanakan pengajaran berkesan memerlukan persediaan yang sistematik. Guru tahfiz juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pengajaran yang bersistem walaupun Kurikulum Bersepadu Tahfiz masih baharu dilaksanakan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi merangkumi subjek Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran. Guru kini berdepan dengan pelbagai cabaran melaksanakan pengajaran di sekolah dan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Penulisan ini bertujuan membincangkan masalah dan cabaran berkaitan pelaksanaan pengajaran guru tahfiz Model Ulul Albab di Sekolah Menengah KPM. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah sorotan kepustakaan. Hasil kajian mendapati tiga masalah yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan pengajaran guru TMUA iaitu kemahiran pedagogi, kemahiran psikologi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, cabaran melibatkan guru, pelajar dan bahan bantu mengajar dalam pengajaran tahfiz perlu ditangani dengan sebaiknya. Pengajaran guru yang berkesan dapat memberi impak positif kepada pencapaian prestasi pelajar. Penelitian terhadap isu dalam pengajaran tahfiz salah satu langkah ke arah penambahbaikan pelaksanaan pengajaran guru di sekolah bahkan menjadikan institusi pendidikan tahfiz di negara ini penting kepada pembentukan generasi muslim yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.

Description

PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords

Pengajaran, Tahfiz Model Ulul Albab, Hifz Al-Quran, Maharat Al-Quran

Citation

Collections