Publication:
Masalah Dan Cabaran Guru Tahfiz Dalam Pelaksanaan Pengajaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Di Kementerian Pelajaran Malaysia

dc.contributor.authorSiti Khadizah Kaiminen_US
dc.contributor.authorAhmad Yussufen_US
dc.contributor.authorMohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoffen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T06:52:34Z
dc.date.available2024-05-30T06:52:34Z
dc.date.issued2021-10-06
dc.descriptionPAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.description.abstractDunia pendidikan semakin menuju kepada kemajuan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang juga semakin pantas dan pesat membangun. Guru tidak ketinggalan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dengan menggunakan teknologi masa kini yang diaplikasikan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran yang berkesan hasil daripada pendekatan yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar secara berkesan. Melaksanakan pengajaran berkesan memerlukan persediaan yang sistematik. Guru tahfiz juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pengajaran yang bersistem walaupun Kurikulum Bersepadu Tahfiz masih baharu dilaksanakan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi merangkumi subjek Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran. Guru kini berdepan dengan pelbagai cabaran melaksanakan pengajaran di sekolah dan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Penulisan ini bertujuan membincangkan masalah dan cabaran berkaitan pelaksanaan pengajaran guru tahfiz Model Ulul Albab di Sekolah Menengah KPM. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah sorotan kepustakaan. Hasil kajian mendapati tiga masalah yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan pengajaran guru TMUA iaitu kemahiran pedagogi, kemahiran psikologi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, cabaran melibatkan guru, pelajar dan bahan bantu mengajar dalam pengajaran tahfiz perlu ditangani dengan sebaiknya. Pengajaran guru yang berkesan dapat memberi impak positif kepada pencapaian prestasi pelajar. Penelitian terhadap isu dalam pengajaran tahfiz salah satu langkah ke arah penambahbaikan pelaksanaan pengajaran guru di sekolah bahkan menjadikan institusi pendidikan tahfiz di negara ini penting kepada pembentukan generasi muslim yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.en_US
dc.identifier.epage392
dc.identifier.issn2811-3411
dc.identifier.spage380
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16853
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferencePROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021en_US
dc.subjectPengajaran, Tahfiz Model Ulul Albab, Hifz Al-Quran, Maharat Al-Quranen_US
dc.titleMasalah Dan Cabaran Guru Tahfiz Dalam Pelaksanaan Pengajaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Di Kementerian Pelajaran Malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Masalah Dan Cabaran Guru Tahfiz Dalam Pelaksanaan Pengajaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Di Kementerian Pelajaran Malaysia.pdf
Size:
318.15 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections