Publication:
Cabaran Perunding Cara Terhadap Klien Berbangsa Asing Di Penjara

dc.contributor.authorNur Hidayah Redzwanen_US
dc.contributor.authorKu Suhaila Ku Joharien_US
dc.date.accessioned2024-05-30T09:03:57Z
dc.date.available2024-05-30T09:03:57Z
dc.date.issued2015
dc.description.abstractKaunseling adalah salah satu program pemulihan yang disediakan kepada banduan yang disabitkan atas kesalahan dadah di penjara. Antara cabaran yang besar kepada perunding cara dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling adalah komunikasi dalam sesi dan aktiviti bimbingan dengan banduan bangsa asing atas kesalahan dadah. Banduan warga asing tidak dikecualikan untuk terlibat dalam rawatan pemulihan. Namun, bahasa adalah halangan utama antara perunding cara dengan klien yang mana sekaligus memberi kesan terhadap keberkesanan sesi kaunseling dan hubungan menolong. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran komunikasi dan strategi daya tindak dalam kaunseling banduan warga asing. Kajian ini juga turut menjelaskan tentang layanan yang diberikan kepada banduan warga asing, pandangan perunding cara terhadap sikap mereka di penjara, dan aktiviti yang dilakukan oleh banduan warga asing sepanjang tempoh hukuman. Pengumpulan data dilakukan dengan menemu bual pegawai penjara dan perunding cara yang menguruskan banduan bangsa asing di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) iaitu dikenali sebagai penjara yang menempatkan pesalah-pesalah dadah. Hasil kajian mendapati pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi cabaran menjalankan sesi kaunseling dengan banduan warga asing di IPDJ antaranya ialah melantik perantara sebagai penterjemah, menggunakan isyarat tangan atau bahasa badan untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada mereka dan melatih banduan menggunakan bahasa melayu pada keadaan tertentu. Kajian ini mencadangkan untuk pengkaji akan datang mengkaji persepsi banduan bangsa asing ini terhadap program-program pemulihan yang disediakan oleh pihak penjara dan sejauh mana keinginan mereka untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut.en_US
dc.identifier.epage229
dc.identifier.spage216
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18095
dc.language.isootheren_US
dc.relation.conferenceProceeding Prevent 2015 (International Drug Prevention And Rehabilitation Conference)en_US
dc.subjectKaunseling, Penjara, Banduan Warga Asingen_US
dc.titleCabaran Perunding Cara Terhadap Klien Berbangsa Asing Di Penjaraen_US
dc.typeOtheren_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Bab 22 Cabaran Perunding Cara Terhadap Klien Berbangsa Asing Di Penjara.pdf
Size:
282.23 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: