Publication: Cabaran Perunding Cara Terhadap Klien Berbangsa Asing Di Penjara
Loading...
Date
2015
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kaunseling adalah salah satu program pemulihan yang disediakan kepada banduan yang
disabitkan atas kesalahan dadah di penjara. Antara cabaran yang besar kepada perunding
cara dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling adalah komunikasi dalam sesi dan
aktiviti bimbingan dengan banduan bangsa asing atas kesalahan dadah. Banduan warga
asing tidak dikecualikan untuk terlibat dalam rawatan pemulihan. Namun, bahasa adalah
halangan utama antara perunding cara dengan klien yang mana sekaligus memberi kesan
terhadap keberkesanan sesi kaunseling dan hubungan menolong. Kajian ini bertujuan
untuk meneroka cabaran komunikasi dan strategi daya tindak dalam kaunseling banduan
warga asing. Kajian ini juga turut menjelaskan tentang layanan yang diberikan kepada
banduan warga asing, pandangan perunding cara terhadap sikap mereka di penjara, dan
aktiviti yang dilakukan oleh banduan warga asing sepanjang tempoh hukuman.
Pengumpulan data dilakukan dengan menemu bual pegawai penjara dan perunding cara
yang menguruskan banduan bangsa asing di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ)
iaitu dikenali sebagai penjara yang menempatkan pesalah-pesalah dadah. Hasil kajian
mendapati pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi cabaran menjalankan sesi
kaunseling dengan banduan warga asing di IPDJ antaranya ialah melantik perantara
sebagai penterjemah, menggunakan isyarat tangan atau bahasa badan untuk menjelaskan
sesuatu perkara kepada mereka dan melatih banduan menggunakan bahasa melayu pada
keadaan tertentu. Kajian ini mencadangkan untuk pengkaji akan datang mengkaji
persepsi banduan bangsa asing ini terhadap program-program pemulihan yang
disediakan oleh pihak penjara dan sejauh mana keinginan mereka untuk terlibat dengan
aktiviti-aktiviti tersebut.
Description
Keywords
Kaunseling, Penjara, Banduan Warga Asing