Publication:
Cabaran Perunding Cara Terhadap Klien Berbangsa Asing Di Penjara

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kaunseling adalah salah satu program pemulihan yang disediakan kepada banduan yang disabitkan atas kesalahan dadah di penjara. Antara cabaran yang besar kepada perunding cara dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling adalah komunikasi dalam sesi dan aktiviti bimbingan dengan banduan bangsa asing atas kesalahan dadah. Banduan warga asing tidak dikecualikan untuk terlibat dalam rawatan pemulihan. Namun, bahasa adalah halangan utama antara perunding cara dengan klien yang mana sekaligus memberi kesan terhadap keberkesanan sesi kaunseling dan hubungan menolong. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran komunikasi dan strategi daya tindak dalam kaunseling banduan warga asing. Kajian ini juga turut menjelaskan tentang layanan yang diberikan kepada banduan warga asing, pandangan perunding cara terhadap sikap mereka di penjara, dan aktiviti yang dilakukan oleh banduan warga asing sepanjang tempoh hukuman. Pengumpulan data dilakukan dengan menemu bual pegawai penjara dan perunding cara yang menguruskan banduan bangsa asing di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) iaitu dikenali sebagai penjara yang menempatkan pesalah-pesalah dadah. Hasil kajian mendapati pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi cabaran menjalankan sesi kaunseling dengan banduan warga asing di IPDJ antaranya ialah melantik perantara sebagai penterjemah, menggunakan isyarat tangan atau bahasa badan untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada mereka dan melatih banduan menggunakan bahasa melayu pada keadaan tertentu. Kajian ini mencadangkan untuk pengkaji akan datang mengkaji persepsi banduan bangsa asing ini terhadap program-program pemulihan yang disediakan oleh pihak penjara dan sejauh mana keinginan mereka untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut.

Description

Keywords

Kaunseling, Penjara, Banduan Warga Asing

Citation