Publication:
Kerangka Konseptual Model Gelagat Pemberian Hibah Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image

Date

2023

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

USIM Press

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ilmu pengetahuan, kesedaran dan sikap merupakan di antara faktor yang mendorong kepada amalan perancangan harta. Namun, masih ramai masyarakat yang tidak menyedari tentang keperluan dan kepentingan pengurusan harta. Dianggarkan sebanyak 95 peratus umat Islam masih tidak sedar berkaitan kepentingan menguruskan harta semasa hidup. Perkara sebegini merupakan sesuatu yang sangat merisaukan kerana harta pusaka yang tidak diuruskan dengan sebaiknya akan mengundang kepada implikasi negatif dari segi undang-undang, ekonomi dan sosial. Justeru, adalah sangat penting untuk memahami faktor-faktor seperti faktor tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap yang mempengaruhi masyarakat Islam supaya mereka sedar akan kepentingan pengurusan hartanah. Oleh itu, tujuan kajian ini dilaksanakan bagi mencadangkan satu model untuk mengukur gelagat pemberi hibah berdasarkan kepada Teori Tindakan Bersebab (TBK). Selain itu, kajian ini dapat membantu institusi terlibat sama ada melibatkan pihak kerajaan mahupun swasta bagi merangka strategi dan dasar tertentu bagi menggalakkan umat Islam melaksanakan hibah. Kedua, kajian ini juga dilihat dapat membantu dalam memahami sebab masyarakat Islam masih kurang merancang harta melalui hibah. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisa isi kandugan. Artikel ini telah membincangkan keperluan untuk meneroka dengan lebih mendalam mengenai gelagat pemberi hibah yang diwujudkan bagi menyelesaikan masalah harta pusaka yang tidak diurus dengan baik. Hasil dari analisa kandungan yang dijalankan, tiga hipotesis telah dicadangkan bagi melihat hubungan di antara tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap dengan gelagat pemberi hibah. Kajian ini diharapkan dapat membantu institusi terlibat sama ada melibatkan pihak kerajaan mahupun swasta bagi merangka strategi dan dasar tertentu bagi menggalakkan masyarakat Islam melaksanakan hibah.

Description

VOL. 28 NO. 2 Page (39-53)

Keywords

Kesedaran Hibah, Sikap, Pengurusan Harta, Teori Tindakan Bersebab

Citation

Abd Latib, N. A. ., & Riffin, M. K. I. . (2023). Kerangka Konseptual Model Gelagat Pemberian Hibah Di Malaysia: Conceptual Framework: Model Of Hibah Giving Behavior in Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 28(2), 39 - 53. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no2.529