Publication:
Kerangka Konseptual Model Gelagat Pemberian Hibah Di Malaysia

dc.contributor.authorNoor Aznaim Abd Latiben_US
dc.contributor.authorMohd Khairul Izwan Riffinen_US
dc.date.accessioned2024-05-29T07:42:58Z
dc.date.available2024-05-29T07:42:58Z
dc.date.issued2023
dc.descriptionVOL. 28 NO. 2 Page (39-53)en_US
dc.description.abstractIlmu pengetahuan, kesedaran dan sikap merupakan di antara faktor yang mendorong kepada amalan perancangan harta. Namun, masih ramai masyarakat yang tidak menyedari tentang keperluan dan kepentingan pengurusan harta. Dianggarkan sebanyak 95 peratus umat Islam masih tidak sedar berkaitan kepentingan menguruskan harta semasa hidup. Perkara sebegini merupakan sesuatu yang sangat merisaukan kerana harta pusaka yang tidak diuruskan dengan sebaiknya akan mengundang kepada implikasi negatif dari segi undang-undang, ekonomi dan sosial. Justeru, adalah sangat penting untuk memahami faktor-faktor seperti faktor tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap yang mempengaruhi masyarakat Islam supaya mereka sedar akan kepentingan pengurusan hartanah. Oleh itu, tujuan kajian ini dilaksanakan bagi mencadangkan satu model untuk mengukur gelagat pemberi hibah berdasarkan kepada Teori Tindakan Bersebab (TBK). Selain itu, kajian ini dapat membantu institusi terlibat sama ada melibatkan pihak kerajaan mahupun swasta bagi merangka strategi dan dasar tertentu bagi menggalakkan umat Islam melaksanakan hibah. Kedua, kajian ini juga dilihat dapat membantu dalam memahami sebab masyarakat Islam masih kurang merancang harta melalui hibah. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisa isi kandugan. Artikel ini telah membincangkan keperluan untuk meneroka dengan lebih mendalam mengenai gelagat pemberi hibah yang diwujudkan bagi menyelesaikan masalah harta pusaka yang tidak diurus dengan baik. Hasil dari analisa kandungan yang dijalankan, tiga hipotesis telah dicadangkan bagi melihat hubungan di antara tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap dengan gelagat pemberi hibah. Kajian ini diharapkan dapat membantu institusi terlibat sama ada melibatkan pihak kerajaan mahupun swasta bagi merangka strategi dan dasar tertentu bagi menggalakkan masyarakat Islam melaksanakan hibah.en_US
dc.identifier.citationAbd Latib, N. A. ., & Riffin, M. K. I. . (2023). Kerangka Konseptual Model Gelagat Pemberian Hibah Di Malaysia: Conceptual Framework: Model Of Hibah Giving Behavior in Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 28(2), 39 - 53. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no2.529en_US
dc.identifier.doi10.33102/jfatwa.vol28no2.529
dc.identifier.epage53
dc.identifier.issn0127-8886
dc.identifier.issn2232-1047
dc.identifier.issue2
dc.identifier.spage39
dc.identifier.urihttps://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/529/452
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13852
dc.identifier.volume28
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUSIM Pressen_US
dc.relation.ispartofJournal of Fatwa Management and Researchen_US
dc.subjectKesedaran Hibah, Sikap, Pengurusan Harta, Teori Tindakan Bersebaben_US
dc.titleKerangka Konseptual Model Gelagat Pemberian Hibah Di Malaysiaen_US
dc.title.alternativeConceptual Framework: Model Of Hibah Giving Behavior in Malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Kerangka Konseptual Model Gelagat Pemberian Hibah Di Malaysia.pdf
Size:
695.73 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: