Publication:
Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor

dc.contributor.authorMohd Shah, M. F.en_US
dc.contributor.authorPauzi, N.en_US
dc.date.accessioned2024-05-29T07:44:01Z
dc.date.available2024-05-29T07:44:01Z
dc.date.issued2018
dc.description.abstractDalam disiplin penyelidikan hukum Islam, kekuatan pendalilan dan kaedah istinbat yang jelas merupakan tunggak utama dalam pembinaan hukum Islam berasaskan kepada aplikasi ilmu usul al-fiqh dan maqasid al-shari’ah. Namun begitu, apa yang berlaku di institusi fatwa negeri Johor adalah sebaliknya. Kaedah penyelidikan fatwa yang diaplikasi oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam menyelesaikan isu fatwa semasa tidak berasaskan kepada disiplin penyelidikan hukum Islam yang tepat dan sebenar. Malahan input-input semasa yang berkaitan dengan isu fatwa juga tidak dinyatakan secara jelas dalam kaedah penentuan hukum sama ada dalam bentuk realiti yang berlaku atau pembuktian secara saintifik. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan prosedur fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor berdasarkan metode-metode yang diaplikasi dalam menyelesaikan isu-isu yang bersifat semasa. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui metode perpustakaan dan metode lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan dan pengeluaran fatwa di negeri Johor hanya terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti Johor. Metode fatwa yang diamalkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor merangkumi dua metode iaitu pertama, kaedah penyelidikan dalaman yang merangkumi kajian kepustakaan menerusi pengaplikasian dari sumber asas dan dalil-dalil syarak. Kedua, kaedah penyelidikan lapangan yang meliputi kajian luaran atau turun ke lokasi kajian seperti observasi, soal selidik dan temubual dan rujukan kepada pakar dalam bidang yang berlainan. Pertimbangan maslahah dan mafsdah juga dimplementasikan oleh Jawatankuasa Fatwa dalam setiap keputusan fatwanya berasaskan standard yang menepati kepentingan maqasid al-shari’ah.en_US
dc.identifier.epage88
dc.identifier.issn2232-1047
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage70
dc.identifier.urihttp://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/132
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13888
dc.identifier.volume13
dc.languageMalay
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJournal of Fatwa Management and Researchen_US
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectMetodeen_US
dc.subjectfatwaen_US
dc.subjectistinbaten_US
dc.subjectusul al-fiqhen_US
dc.subjectmaqasid al-shari'ahen_US
dc.titleMetodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johoren_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_Vol.13_Metodologi pengeluaran fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.pdf
Size:
1.16 MB
Format:
Adobe Portable Document Format