Publication: Covid-19: Cabaran dan Inisiatif dalam Mendepani Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Teradun
Loading...
Date
2021-12
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Perubahan kaedah pengajaran guru sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan negara. Para guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) teradun melalui penggunaan media digital dengan kaedah tradisional secara dalam talian sebagai mekanisme utama penyampaian ilmu. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengupas cabaran guru dan inisiatif kerajaan dalam pelaksanaan PdP. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen melalui sumber data kajian-kajian lepas, catatan perkembangan pembelajaran teradun daripada kumpulan-kumpulan e-didik di bawah KPM, telegram, laman web, petikan dan berita dari seluruh Malaysia dan luar negara. Cabaran utama yang ditemui adalah berkaitan dengan capaian internet terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Cabaran lain pula ialah terdapat keluarga yang kurang berkemampuan dan sukar menyediakan kemudahan data dan gadget kepada anak-anak untuk meneruskan PdP secara maya. Antara inisiatif KPM terhadap murid yang tidak mempunyai capaian internet untuk melayari Google Classroom (GC), mereka boleh menggunakan WhatsApp. KPM dan Uniceff juga menyediakan bahan pengajaran yang dibina menggunakan Google Slide bagi murid bermasalah pendengaran dan pembentangan boleh dibuat dengan sarikata. Selain itu, kerajaan juga memudahkan penggunaan GC melalui penubuhan akaun email e-didik. Kajian ini memberi implikasi kepada guru-guru agar memantapkan pengajaran teradun melalui teknologi digital secara kreatif dan inovasi dengan menghadiri kursus dan latihan dalaman secara talian. Ibu bapa dan guru juga perlu melakukan anjakan paradigma untuk menguasai ilmu pengetahuan terknologi terkini bagi menangani masalah ini. KPM perlu menggubal atau menambah baik kurikulum pendidikan sesuai dengan pembelajaran teradun ini.
Description
Vol. 6 No. 2 (2021): Jurnal Sains Insani
Keywords
Pengajaran dan pembelajaran teradun, teknologi digital, kreatif, inovasi
Citation
Mamat, S. ., Ladin, C. A. ., Kamaruddin, A. Y. ., Omar, I. M. ., & Ismail, N. A. . (2021). Covid-19: Cabaran dan Inisiatif dalam Mendepani Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Teradun : Covid-19: The Challenges and Initiatives in Facing the Implementation of Blended Teaching and Learning. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.319