Publication:
Pembangunan Insan Melalui Pengintegrasian Maharat Al-Quran Dalam Pembelajaran Kimia

dc.contributor.authorFawarni binti Ahmaden_US
dc.contributor.authorZanaton H. Iksanen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T09:06:21Z
dc.date.available2024-05-30T09:06:21Z
dc.date.issued2021
dc.descriptionProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysiaen_US
dc.description.abstractPengenalan – Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk melahirkan generasi yang memiliki tiga elemen penting iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik. Ketiga-tiga elemen ini dimuatkan dalam pakej Tahfiz Sains Model Ulul Albab. Elemen Quranik dirujuk sebagai kemampuan menghafal 30 juzuk al-Quran. Ilmu al-Quran dibudayakan dalam kehidupan seharian untuk dijadikan panduan dalam menyelesaikan masalah kehidupan dikaitkan dengan istilah Ijtihadik. Penguasaan elemen quranik dan ijtihadik akan menjadi pencetus kepada elemen ensiklopedik iaitu menjadi pakar rujuk dalam sesuatu bidang. Pemerkasaan pendidikan berasaskan Model Ulul Albab berhasrat untuk melahirkan insan profesional yang bercirikan ketiga-tiga elemen tersebut. Objektif - Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan pembangunan insan dalam konteks pendidikan integrasi berasaskan Model Ulul Albab khusus kepada pengintegrasian Maharat Al-Quran dalam pembelajaran Kimia. Methodologi Kertas konsep ini dibina berdasarkan kepada tinjauan literatur 10 buah artikel yang membincangkan pembinaan modul pembelajaran sains berintegrasi al-Quran dan konsep pendidikan Sains Tauhidik. Dapatan – Berdasarkan dapatan analisis daripada kajian-kajian yang lepas, penerapan ayat-ayat al-Quran ke dalam pembelajaran Kimia (Sains) adalah relevan dengan keperluan masa kini yang semakin pesat membangun sejajar dengan perkembangan dunia era Pendidikan 4.0. Pendidikan Sains berintegrasi al-Quran didapati bukan sahaja mampu membangunkan potensi murid secara kognitif melalui amalan peperiksaan, tetapi juga memberi impak dalam pemupukan dan usaha meningkatkan nilai spiritual, keagamaan dan keimanan kepada Allah SWT melalui penerapan ayat-ayat al-Quran ke dalam bahan pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan – Makalah ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada pembangunan insan yang berliterasi saintifik yang mengagungkan kewujudan Allah SWT. Seterusnya boleh dijadikan sumber rujukan oleh panel penggubal Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran matapelajaran Kimia dan Maharat Al-Quran bagi SMKA Tahfiz Model Ulul Albab dan juga untuk rujukan guru-guru Kimia khususnya yang beragama Islam.en_US
dc.identifier.epage594
dc.identifier.isbneISBN: 9789674408855
dc.identifier.spage583
dc.identifier.urihttps://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/view
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18124
dc.language.isootheren_US
dc.publisherFakulti Pengajian Bahasa Utama, USIMen_US
dc.relation.conferenceProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020)en_US
dc.subjectPembelajaran berasaskan permainan digital, pendidikan sains, kemahiran proses sains, modul pembelajaranen_US
dc.titlePembangunan Insan Melalui Pengintegrasian Maharat Al-Quran Dalam Pembelajaran Kimiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pembangunan Insan Melalui Pengintegrasian Maharat Al-Quran Dalam Pembelajaran Kimia.pdf
Size:
167.1 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: