Publication:
Keluarga Sihat di Era Pandemic COVID-19: Aktiviti Holistik Berdasarkan Maklumat Islami

dc.contributor.authorMohd Zahir Abdul Rahmanen_US
dc.contributor.authorAhmad Murshidi Mustaphaen_US
dc.contributor.authorMohd Miqdad Aswad Ahmaden_US
dc.contributor.authorMohamad Hafizuddin Mohamed Najiden_US
dc.date.accessioned2024-05-28T04:34:45Z
dc.date.available2024-05-28T04:34:45Z
dc.date.issued2022-02
dc.description.abstractFenomena masyarakat di Malaysia di era pandemic COVID-19 sama ada di agensi kerajaan mahupun swasta lebih banyak berada di rumah untuk bekerja. Situasi ini menyebabkan kekerapan ahli keluarga yang keluar rumah untuk beraktiviti makin terhad dan dikhuatiri meningkatkan jumlah masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Jumlah talian bantuan sokongan sosial di Malaysia turut dilaporkan semakin meningkat. Lebih mengejutkan apabila 85.5% panggilan ini membabitkan isu berkaitan kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan, dan tingkah laku bunuh diri. Dari awal Januari hingga 21 Mei 2021, dilaporkan sejumlah 101,150 panggilan yang diterima, yang mana 91.2% memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Panggilan ini merangkumi pesakit COVID-19, individu yang menjalani kuarantin, petugas barisan hadapan, keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 dan kumpulan rentan. Aktiviti holistik merujuk kepada pendekatan gabungan secara sepadu empat domain hidup manusia iaitu biologi, psikologi sosial dan spiritual berasaskan maklumat Islami. Senarai aktiviti ini diharap mampu membanyakan koleksi pendekatan dalam mengatasi masalah kesihatan mental di era pandemik ini. Justeru, kajian ini akan menggumpul dan mengusulkan beberapa cadangan pendekatan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi perbahasan al-Quran, Hadis dan pandangan sarjana Muslim dalam mengadakan aktiviti yang bermanfaat di rumah bersama ahli keluarga. Kajian ini menggunakan sepenuhnya metode kualitatif dalam komponen dokumentasi melalui tafsir al-Quran, syarah Hadis serta kajian sarjana Muslim terdahulu dan kontemporari. Hasil kajian menunjukkan perbahasan menerusi maklumat Islami sesuai dengan masa dan keadaan semasa dalam menangani isu-isu yang berlaku terutamanya ketika pandemik COVID-19. Penemuan ini mampu menambahkan koleksi terapi berasaskan empat domain utama manusia berasaskan maklumat Islami serta mengurangkan bebanan perasaan masyarakat ketika terlalu lama berada di rumah.en_US
dc.identifier.epage8
dc.identifier.issn2289-9855
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage1
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5905
dc.identifier.volume19
dc.language.isootheren_US
dc.publisherZes Rokman Resourcesen_US
dc.relation.ispartofJournal of Education and Social Sciencesen_US
dc.subjectAktiviti Holistik, Maklumat Islami, COVID-19, Keluargaen_US
dc.titleKeluarga Sihat di Era Pandemic COVID-19: Aktiviti Holistik Berdasarkan Maklumat Islamien_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
KELUARGA SIHAT DI ERA PANDEMIC COVID-19-AKTIVITI HOLISTIK BERDASARKAN MAKLUMAT ISLAMI.pdf
Size:
323.85 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: