Publication:
Keberkesanan Penggunaan Lagu Berasaskan Teknologi Untuk Meningkatkan Kecekapan Perbendaharaan Kata Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

dc.contributor.authorTracy Joann Stanleeen_US
dc.contributor.authorSoon Singh A/L Bikar Singhen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T09:06:37Z
dc.date.available2024-05-30T09:06:37Z
dc.date.issued2021
dc.descriptionProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysiaen_US
dc.description.abstractPengenalan - Tahap penguasaan Bahasa Inggeris masih boleh dipertikaikan walaupun negara Malaysia mempunyai 11 ke 13 tahun pembelajaran bahasa Inggeris secara formal di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Akibatnya, mereka gagal dan perlu mengambil semula ujian Malaysian University English Test (MUET) kerana pelajar perlu memenuhi syarat tertentu bahasa Inggeris di universiti. Tahap penguasaan yang rendah dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar menjadi perhatian dan topik perbincangan di kalangan pendidik, kerajaan dan masyarakat. Objektif - Dengan perkembangan teknologi dalam Revolusi Industri 4.0, para pengkaji ingin melihat keberkesanan pengunaan lagu berdasarkan teknologi untuk meningkatkan kecekapan perbendaharaan kata di kalangan pelajar – pelajar yang mengambil subjek Bahasa Inggeris. Methodologi - Seramai 65 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian menggunakan kaedah Quasi – Eksperimental yang berjalan selama tujuh minggu. 35 orang ditempatkan pada kumpulan Eksperimen dan menggunakan lagu berasaskan teknologi sebagai intervensi, manakala 30 orang dalam kumpulan kawalan dan hanya menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Dapatan - Data diambil daripada 65 pelajar melalui ujian pra dan pasca yang menggunakan soalan perbendaharaan kata. Selepas ujian sampel berpasangan T – Test dijalankan, hasil kajian menunjukkan markah min adalah tinggi pada kumpulan eksperimental berbanding markah min pada kumpulan kawalan. Kepentingan - Secara kesimpulannya, kajian ini dapat membantu memberi idea kepada tenaga pengajar untuk menyampaikan pembelajaran dengan lebih efektif, di mana mereka dapat kemahiran baru dalam menggunakan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kajian ini secara tidak langsung telah memperlihatkan prosedur yang lebih effektif dalam meningkatkan Kemahiran Abad ke – 21, seiring dengan Revolusi Industri 4.0.en_US
dc.identifier.epage121
dc.identifier.isbneISBN: 9789674408855
dc.identifier.spage113
dc.identifier.urihttps://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/view
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18164
dc.language.isootheren_US
dc.publisherFakulti Pengajian Bahasa Utama, USIMen_US
dc.relation.conferenceProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020)en_US
dc.subjectKemahiran Abad ke – 21, Lagu Berdasarkan Teknologi, Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris, Revolusi Industri 4.0, Teknologien_US
dc.titleKeberkesanan Penggunaan Lagu Berasaskan Teknologi Untuk Meningkatkan Kecekapan Perbendaharaan Kata Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Di Universiti Malaysia Sabah (UMS)en_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Keberkesanan Penggunaan Lagu Berasaskan Teknologi Untuk Meningkatkan Kecekapan Perbendaharaan Kata Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Di Universiti Malaysia Sabah (UMS).pdf
Size:
164.22 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: