Publication:
Mekanisme Pelaksanaan Majlis Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

cris.virtual.departmentUniversiti Sains Islam Malaysia
cris.virtual.departmentUniversiti Sains Islam Malaysia
cris.virtual.orcid0000-0001-9856-9964
cris.virtual.orcid0000-0001-9857-5192
cris.virtualsource.departmentb3f20aea-438c-48a2-965e-13925877baee
cris.virtualsource.departmentb5d84d62-74b4-4cae-9691-c5ad83a3099c
cris.virtualsource.orcidb3f20aea-438c-48a2-965e-13925877baee
cris.virtualsource.orcidb5d84d62-74b4-4cae-9691-c5ad83a3099c
dc.contributor.authorHasnizam Hashim
dc.contributor.authorMaizatul Farishah Binti Mohd Mokhtaren_US
dc.contributor.authorNorman Zakiyy Chow Jen-T'Chiang
dc.date.accessioned2024-05-31T02:19:31Z
dc.date.available2024-05-31T02:19:31Z
dc.date.issued2021-09-09
dc.descriptionPapers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysiaen_US
dc.description.abstractIslam menganjurkan Sulh sebagai salah satu kaedah dalam menyelesaikan pelbagai konflik. Kaedah ini amat dianjurkan oleh perundangan Islam kerana ia bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah dan konflik tetapi yang lebih penting ialah ia dibuat dalam suasana yang harmoni, mesra dan tidak meninggalkan luka dan dendam kepada pihak-pihak yang berkonflik. Di bawah sistem perundangan Islam di Malaysia, sulh lebih tertumpu pemakaiannya kepada penyelesaian kes-kes perbalahan dan pertikaian berkaitan dengan kekeluargaan dan lain-lain seperti diperuntukkan dalam Akta atau Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri-negeri dan Undang-undang Keluarga Islam. Walaupun pensyariatan mengenai keutamaan sulh ini dinyatakan dengan jelas dalam nas-nas Syarak dan ianya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah, namun suatu kaedah yang tersusun perlulah diwujudkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan ia benar-benar relevan serta dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan sekaligus dapat mencapai objektif yang diinginkan. Selaras dengan ini, Mahkamah Syariah di Malaysia termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, bagi tujuan melaksanakan sulh seperti yang diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003 telah mewujudkan Kaedah-Kaedah Tatacara Sulh Mahkamah Syariah Negeri Sembilan (2016) untuk menyelaras pelaksanaan proses atau peruntukan tersebut. Justeru, kertas kerja yang menggunakan pendekatan kualitatif ini akan menghuraikan mengenai prosedur atau tatacara tersebut dengan terperinci bagi memberikan gambaran yang jelas mengenai pelaksanaannya. Kajian mendapati bahawa, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan pada ketika ini dapat mengendalikan kes-kes sulh dengan baik berdasarkan peruntukan undang-undang dan kaedah sedia ada. Adalah diharapkan melalui penerangan ini, pihak-pihak yang bertikai akan meyakini mekanisme proses sulh yang dilakukan dan menjadikan sulh sebagai pilihan bagi menyelesaikan konflik yang mereka hadapi. Kata kunci: Majlis Sulh, mekanisme pelaksanaan, Jabatan Kehakiman Syariah, Negeri Sembilan.en_US
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18487
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferenceE-PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS 2021 (SAIS 2021)en_US
dc.subjectMajlis Sulh,en_US
dc.subjectmekanisme pelaksanaan,en_US
dc.subjectJabatan Kehakiman Syariah,en_US
dc.subjectNegeri Sembilan.en_US
dc.titleMekanisme Pelaksanaan Majlis Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilanen_US
dc.typetext::journal::journal article::research article
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
34.BM. SAIS2021 - Mekanisme Pelaksanaan Majlis Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.pdf
Size:
588.94 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Mekanisme Pelaksanaan Majlis Sulh Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections