Publication:
Cabaran Pendidik bagi Subjek Sains Amali Atas Talian Semasa Fasa PKP: Kajian di Pusat Tamhidi, USIM

dc.contributor.authorHalimaton Sa’adiah Ariffinen_US
dc.contributor.authorAiza Azrin bt Mohd Zainien_US
dc.contributor.authorNoorrezam bin Yusopen_US
dc.contributor.authorNur Ilyana Ismarau Tajuddinen_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:29:29Z
dc.date.available2024-05-31T02:29:29Z
dc.date.issued2022
dc.descriptionE-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan 1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)en_US
dc.description.abstractPenularan wabak COVID-19-19-19 telah menyebabkan pengisytiharan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Januari 2020. Langkah mengawal penularan wabak ini maka semua sektor telah diarahkan tutup termasuk sektor pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran secara bersemuka tidak dapat diteruskan semasa fasa PKP. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan kaedah pembelajaran atas talian secara sepenuhnya demi memastikan setiap pelajar tidak ketinggalan dan ini juga merupakan salah satu langkah mengawal penularan wabak COVID-19-19-19. Dalam usaha memastikan pelajar terus dibimbing dan tidak ketinggalan pelajaran, maka tenaga pengajar mula mencari pelbagai alternatif dan kaedah yang sesuai dalam aktiviti pengajaran atas talian. Selaras dengan kemajuan teknologi terkini, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) sedikit sebanyak memainkan peranan dalam elemen pengajaran atas talian. Meskipun kaedah pengajaran atas talian ini merupakan kaedah yang sesuai semasa tempoh PKP,namun terdapat cabaran dalam kaedah pengajaran atas talian bagi pelajar subjek sains yang memerlukan pembelajaran secara amali. Satu kajian telah dijalankan secara kualitatif terhadap tenaga pengajar kluster sains bagi subjek Biologi, Fizik dan Kimia yang memerlukan pengajaran secara amali. Seramai sembilan (9) orang tenaga pengajar kluster sains di Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia telah dipilih sebagai responden bagi tujuan kajian ini. Kaedah temubual dijalankan bagi mengenalpasti cabaran pengajaran atas talian bagi subjek sains. Temubual merangkumi kemudahan internet, kemudahan/peralatan sesi amali, tahap keberkesanan pengajaran atas talian, penglibatan pelajar dan lain-lain cabaran. Dengan adanya kajian ini, diharapkan agar ada penambahbaikan dalam sebarang aktiviti pengajaran atas talian bagi subjek sains amali contohnya mewujudkan polisi baharu atau pelan strategik terkini agar memudahkan tenaga pengajar melaksanakan tugas dengan lebih efisyen dan efektif.en_US
dc.identifier.epage262
dc.identifier.isbn9789670001814
dc.identifier.spage252
dc.identifier.urihttps://pkausim.usim.edu.my/sais-2022/
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18631
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPenerbit USIMen_US
dc.relation.conferenceE-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022en_US
dc.subjectPembelajaran atas talian, Tamhidi, Perintah Kawalan Pergerakanen_US
dc.titleCabaran Pendidik bagi Subjek Sains Amali Atas Talian Semasa Fasa PKP: Kajian di Pusat Tamhidi, USIMen_US
dc.title.alternativeEducators’ Challenges for Online Practical Science Subjects During the PKP Phase: Study Case At Tamhidi Center, USIMen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Cabaran Pendidik bagi Subjek Sains Amali Atas Talian Semasa Fasa Pkp Kajian di Pusat Tamhidi, USIM.pdf
Size:
366.7 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections