Publication:
Imam Ar-Rafii Dan Peranannya Dalam Perkembangan Mazhab Syafii

No Thumbnail Available

Date

2019

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

UNISSA, Brunei

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Mazhab Syafi’i telah mengalami perkembangan yang pesat sejak beberapa kurun ke belakang. Ia telah mengalami beberapa fasa sebelum sampai ke tahap kukuh dan memiliki pendapat yang muktamad. Selepas kewafatan imam asy-Syafi’i mazhab tersebut telah dipacu kegemilangannya oleh dua orang tokoh besar yang datang empat kurun selepas kewafatan pengasasnya yang digelar sebagai syaikhain iaitu imam ar-Rafi’i dan an-Nawawi. Usaha ini dipelopori oleh imam ar-Rafi’i yang kemudiannya disambung legasi ini oleh imam an-Nawawi. Menerusi penelitian menunjukkan bahawa usaha yanag telah digembleng oleh imam ar-Rafi’i adalah sebuah usaha yang sangat besar nilainya di dalam perkembangan mazhab melalui pemurnian mazhab, pembetulan qaul muktamad dan pembersihan daripada pendapat syaz (tidak masyhur). Natijahnya dimanfaatkan oleh ulama sepanjang zaman sehingga ke dewasa ini dengan mengambil kira pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafi’i ialah pendapat yang dipersetujui oleh syaikhain atau salah seorang daripada mereka jika berlaku perbezaan pendapat antara mereka berdua. Hasil kajian menunjukkan bahawa beliau berperanan membetulkan semula penukilan ulama Syafi’iyyah terdahulu seperti qaulain daripada wajhain, membetulkan semula pandangan kebanyakan ulama mazhab yang memilih pendapat yang berbeza dengan pendapat yang muktamad, dan meluruskan semula sangkaan bahawa terdapat khilaf pada suatu masalah sedangkan hakikatnya tidak terdapat perselisihan di kalangan ulama mazhab. Selain itu beliau juga menggunakan istilah yang lain ketika memilih suatu pendapat seperti aqrab (lebih dekat kepada kebenaran) walaupun pada kebiasaannya menggunakan istilah asah (lebih kuat), sahih (kuat), azhar (lebih jelas dan kuat) dan masyhur (popular).

Description

Keywords

imam, ar-Rafi’i, qaul, muktamad, mazhab, Syafi’i

Citation