Publication:
Imam Ar-Rafii Dan Peranannya Dalam Perkembangan Mazhab Syafii

dc.contributor.authorAbd Rahman Bin Rahunien_US
dc.contributor.authorMualimin Mochammad Sahiden_US
dc.date.accessioned2024-05-27T15:05:17Z
dc.date.available2024-05-27T15:05:17Z
dc.date.issued2019
dc.date.submitted19/2/2020
dc.description.abstractMazhab Syafi’i telah mengalami perkembangan yang pesat sejak beberapa kurun ke belakang. Ia telah mengalami beberapa fasa sebelum sampai ke tahap kukuh dan memiliki pendapat yang muktamad. Selepas kewafatan imam asy-Syafi’i mazhab tersebut telah dipacu kegemilangannya oleh dua orang tokoh besar yang datang empat kurun selepas kewafatan pengasasnya yang digelar sebagai syaikhain iaitu imam ar-Rafi’i dan an-Nawawi. Usaha ini dipelopori oleh imam ar-Rafi’i yang kemudiannya disambung legasi ini oleh imam an-Nawawi. Menerusi penelitian menunjukkan bahawa usaha yanag telah digembleng oleh imam ar-Rafi’i adalah sebuah usaha yang sangat besar nilainya di dalam perkembangan mazhab melalui pemurnian mazhab, pembetulan qaul muktamad dan pembersihan daripada pendapat syaz (tidak masyhur). Natijahnya dimanfaatkan oleh ulama sepanjang zaman sehingga ke dewasa ini dengan mengambil kira pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafi’i ialah pendapat yang dipersetujui oleh syaikhain atau salah seorang daripada mereka jika berlaku perbezaan pendapat antara mereka berdua. Hasil kajian menunjukkan bahawa beliau berperanan membetulkan semula penukilan ulama Syafi’iyyah terdahulu seperti qaulain daripada wajhain, membetulkan semula pandangan kebanyakan ulama mazhab yang memilih pendapat yang berbeza dengan pendapat yang muktamad, dan meluruskan semula sangkaan bahawa terdapat khilaf pada suatu masalah sedangkan hakikatnya tidak terdapat perselisihan di kalangan ulama mazhab. Selain itu beliau juga menggunakan istilah yang lain ketika memilih suatu pendapat seperti aqrab (lebih dekat kepada kebenaran) walaupun pada kebiasaannya menggunakan istilah asah (lebih kuat), sahih (kuat), azhar (lebih jelas dan kuat) dan masyhur (popular).en_US
dc.identifier.epage37
dc.identifier.issn2519-5840
dc.identifier.spage19
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4134
dc.identifier.volume9
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUNISSA, Bruneien_US
dc.relation.ispartofJournal of Al-Shafiien_US
dc.subjectimam, ar-Rafi’i, qaul, muktamad, mazhab, Syafi’ien_US
dc.titleImam Ar-Rafii Dan Peranannya Dalam Perkembangan Mazhab Syafiien_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files