Publication:
Hubungan Kepercayaan Epistemologi Islam Dengan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia

dc.contributor.authorNurul Asiah Fasehah Muhamaden_US
dc.date.accessioned2024-05-28T06:37:14Z
dc.date.available2024-05-28T06:37:14Z
dc.date.issued2020
dc.descriptionVolume: 6 No:1 (page: 22-40)en_US
dc.description.abstractPengaruh dualisme dan sekularisme turut memberi kesan kepada sistem pendidikan negara hasil daripada pegangan epistemologi barat yang masih sukar digugat daripada minda dan kepercayaan masyarakat. Hasilnya, kesepaduan ilmu yang dianjurkan dalam Islam sudah semakin dilupakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Fokus pengajaran GPI kini lebih tertumpu kepada metode hafalan, syarahan, menyalin nota dan kurang menggalakkan proses berfikir dalam kalangan murid. GPI turut dikesan kurang kreatif dalam penyampaian silibus pengajian, tidak variasi dalam pengurusan kelas, dan kurang capaian ilmu daripada sumber yang pelbagai. Justeru, bagi mengembalikan semula ruh pendidikan dan menyampaikan makna ilmu yang sebenar, epistemologi Islam perlu diangkat semula sebagai pegangan dan kepercayaan dalam diri guru. Ini kerana kepercayaan epistemologi ilmu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan tingkah laku seseorang termasuklah amalan pengajaran. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk melihat tahap kepercayaan epistemologi GPI dan tahap amalan pengajaran mereka kemudian menganalisis keterkaitan antara kedua-dua variabel ini. Seramai 525 orang guru pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Teknik pensampelan yang digunakan ialah multistage cluster sampling. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepercayaan epistemologi Islam (M=4.26) dan amalan pengajaran (M=4.17) GPI berada pada tahap tinggi. Manakala ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan antara kepercayaan epistemologi Islam dengan amalan pengajaran dengan kekuatan sederhana (r=0.405). Kajian ini memberi implikasi kepada model pengajaran, IPG, penggubal dasar, sekolah dan guru Pendidikan Islam dalam hasrat meningkatkan kualiti pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan.en_US
dc.identifier.epage40
dc.identifier.issn2289-960X
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage22
dc.identifier.urihttp://www.journaltamu.com/wp-content/uploads/2020/07/TAMU-Vol-61-June-2020-22-40.pdf
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7368
dc.identifier.volume6
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPIMM Experts SDN BHDen_US
dc.relation.ispartofTinta Artikulasi Membina Ummah (TAMU)en_US
dc.subjectKepercayaan Epistemologi Islam, amalan pengajaran, Guru Pendidikan Islamen_US
dc.titleHubungan Kepercayaan Epistemologi Islam Dengan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Hubungan Kepercayaan Epistemologi Islam Dengan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia.pdf
Size:
340.42 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: