Publication: Audit Sosial dan Transformasi Kepemimpinan Islam: Satu Kajian Kes Dalam Parlimen Pagoh, Malaysia
dc.contributor.author | Othman Ab. Rahman | en_US |
dc.contributor.author | Sapora Sipon | en_US |
dc.contributor.author | Mohd Yahya Mohamed Arifin | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-30T01:46:18Z | |
dc.date.available | 2024-05-30T01:46:18Z | |
dc.date.issued | 2017 | |
dc.description.abstract | Menjalankan audit sosial akan melibatkan proses mengukur, melapor, memahami dan membaiki kemampuan sosial sesebuah masyarakat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur keperluan pembangunan sosial masyarakat dalam Parlimen Pagoh selain untuk mengukur sejauhmana transformasi kepemimpinan Islam telah berlaku semasa era Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad. TGHMY merupakan seorang tokoh ulamak berpengaruh dan banyak berjasa dalam pembangunan Agama Islam dan pendidikan kepada masyarakat dalam Parlimen Pagoh dan sekitar dalam Negeri Johor Darul Takzim. Beliau telah mengasaskan Madrasah As-Sa'adiah (aliran Arab) dan Sekolah Menengah Mohd Yassin dalam tahun 1950an. Falsafah Tuan Guru Haji Mohd Yassin menegaskan bahawa kepemimpinan yang masyhur boleh digilap melalui pencapaian darjat iman dan taqwa kepada Allah (swt), dalam erti kata lain muraqabah yakni pendekatan diri kepada Allah (swt). Kepemimpinan Tuan Guru terserlah melalui usaha beliau menyampaikan ajaran Islam kepada anak bangsa, bertujuan untuk mengubah pemikiran orang Melayu pada masa itu agar celik ilmu agama dan membenteras kemunduran pendidikan. Berteraskan pemikiran rasional dan terbuka membuatkan Tuan Guru mengimbangi kepentingan ilmu duniawi dan ukhrawi melalui pendekatan dalam menyantuni kehidupan bermasyarakat melalui penyampaian ilmu agama yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadith serta melalui fahaman Ahl-as Sunnah wal-Jamaah. Model Transformational Leadership telah digunakan untuk mengukur proses transformasi kepemimpinan dengan mengemukakan empat dimensi yang disebut sebagai "the Four I's". Empat dimensi tersebut ialah, Idealized influence, inspirational motivation, intellectual stimulation dan individualized consideration. Kesemua dimensi di atas dimiliki oleh Tuan Guru Haji Mohd Yassin. Data berbentuk kualitatif pula diperolehi melalui temubual berfokus, analisis dokumen serta pemerhatian terhadap pelbagai lapisan penduduk dalam Parlimen Pagoh. Maklumat daripada enam elemen keperluan pembangunan masyarakat iaitu, agama, ekonomi, sosial, persekitaran, kesihatan dan pendidikan serta politik telah dianalisa berdasarkan dimensi "the Four I's" transformasi kepemimpinan sejak zaman kepemimpinan Tuan Guru Haji Mohd Yassin hingga zaman kepemimpinan sekarang. | |
dc.identifier.epage | 72 | |
dc.identifier.issn | 0127-7871 | |
dc.identifier.issue | 2 | |
dc.identifier.spage | 62 | |
dc.identifier.uri | http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/38 | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15281 | |
dc.identifier.volume | 2 | |
dc.language | Malay | |
dc.publisher | Universiti Sains Islam Malaysia | en_US |
dc.relation.ispartof | Jurnal Sains Insani | |
dc.source | Open Journal Systems | |
dc.subject | Kepemimpinan Transformasi | en_US |
dc.subject | Pendidikan Islam | en_US |
dc.subject | Kemasyarakatan | en_US |
dc.title | Audit Sosial dan Transformasi Kepemimpinan Islam: Satu Kajian Kes Dalam Parlimen Pagoh, Malaysia | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- Audit Sosial dan Transformasi Kepemimpinan Islam Satu Kajian Kes Dalam Parlimen Pagoh, Malaysia.pdf
- Size:
- 733.36 KB
- Format:
- Adobe Portable Document Format