Publication:
Analisis Terhadap Hadith Tentang Penyamatarafan Wanita Dan Haiwan: Ulasan Dan Kritikan

Loading...
Thumbnail Image

Date

2018-06

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Selari dengan proses perkembangan sosialisasi semasa, cabaran terhadap sumber Islam juga sentiasa berkembang daripada pelbagai sudut yang berbeza. Khasnya terhadap isu yang berkaitan wanita, terdapat beberapa hadith yang dianggap merendahkan martabat wanita dan menyekat hak kebebasan wanita sebagai mana yang telah dihujahkan oleh golongan anti hadis, feminis dan orientalis. Manifestasi ketidakadilan jantina ini seterusnya menghasilkan penyebaran hadis-hadis misoginis (anti-wanita) yang telah disalahertikan interpretasinya. Kajian ini memfokuskan kepada hadith sahih yang dikatakan telah menyamatarafkan wanita dengan anjing dan keldai. Penjelasan mengenainya akan menyentuh perihal matan, pengertian kalimah, hukum yang dikeluarkan daripada hadith dan ulasan para ulama’ yang muktabar sebagai pencerahan bagi salahfaham terhadap hadith tersebut.

Description

JOHS Vol 3. No 1. June 2018

Keywords

hadith,, misoginis,, feminisme,, wanita,, haiwan

Citation

Ibrahim, N., Hamisan@Khair, N. S., & Yabi, S. (2018). ANALISIS TERHADAP HADITH TENTANG PENYAMATARAFAN WANITA DAN HAIWAN: ULASAN DAN KRITIKAN. Journal Of Hadith Studies, 3(1). https://doi.org/10.33102/johs.v3i1.28