Publication: Analisis Terhadap Hadith Tentang Penyamatarafan Wanita Dan Haiwan: Ulasan Dan Kritikan
Loading...
Date
2018-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Selari dengan proses perkembangan sosialisasi semasa, cabaran terhadap sumber
Islam juga sentiasa berkembang daripada pelbagai sudut yang berbeza. Khasnya
terhadap isu yang berkaitan wanita, terdapat beberapa hadith yang dianggap
merendahkan martabat wanita dan menyekat hak kebebasan wanita sebagai mana
yang telah dihujahkan oleh golongan anti hadis, feminis dan orientalis. Manifestasi
ketidakadilan jantina ini seterusnya menghasilkan penyebaran hadis-hadis misoginis
(anti-wanita) yang telah disalahertikan interpretasinya. Kajian ini memfokuskan
kepada hadith sahih yang dikatakan telah menyamatarafkan wanita dengan anjing
dan keldai. Penjelasan mengenainya akan menyentuh perihal matan, pengertian
kalimah, hukum yang dikeluarkan daripada hadith dan ulasan para ulama’ yang
muktabar sebagai pencerahan bagi salahfaham terhadap hadith tersebut.
Description
JOHS Vol 3. No 1. June 2018
Keywords
hadith,, misoginis,, feminisme,, wanita,, haiwan
Citation
Ibrahim, N., Hamisan@Khair, N. S., & Yabi, S. (2018). ANALISIS TERHADAP HADITH TENTANG PENYAMATARAFAN WANITA DAN HAIWAN: ULASAN DAN KRITIKAN. Journal Of Hadith Studies, 3(1). https://doi.org/10.33102/johs.v3i1.28