Publication:
Pembangunan Insan Berteraskan Islam: Satu Analisis

Loading...
Thumbnail Image

Date

2020-11-04

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Realiti masa kini menunjukkan peningkatan pelbagai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Perkara ini amat membimbangkan dan dilihat mampu menggugat, malah memberi kesan-kesan negatif kepada kesejahteraan kehidupan insan. Islam menitikberatkan pembangunan syumul dalam kehidupan insan tanpa mengenepikan sesuatu aspek yang lain. Salah satu pembangunan yang ditekankan adalah pembangunan insan (PI). Kefahaman terhadap konsep pembangunan insan berteraskan Islam (PIBI) khususnya perlu diberi penekanan agar kelestarian hidup dapat dilaksanakan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji konsep PIBI dan penelitian dilakukan berdasarkan kepada kajian-kajian lepas. Kajian ini menetapkan dua objektif utama iaitu; pertama, mengenalpasti konsep pembangunan insan berteraskan Islam; dan kedua, menganalisis dapatan kajian berdasarkan kajian-kajian lepas yang dirujuk. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kajian dokumen digunakan bagi pengumpulan data dengan mengaplikasi kaedah analisis kandungan bagi tujuan penganalisisan data. Hasil penelitian mendapati bahawa PIBI adalah berbeza dengan pembangunan lazim (PL) atau konvensional kerana PIBI mengguna pakai model pembangunan yang telah digariskan oleh al-Quran dan alSunnah malah menjadi asas penting dalam membina insan yang berkualiti di dunia dan di akhirat kelak.

Description

E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10) “ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin” Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management 4th November 2020.  Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri Ahmad

Keywords

Pembangunan Insan Berteraskan Islam (PIBI), Al-Qur’an & Al-Sunnah, Kelestarian

Citation