Publication:
Pembelajaran Tilawah Al-Quran Braille: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) USIM

dc.contributor.authorMohd Nur Adzam Rasdien_US
dc.contributor.authorNoornajihan Jaafaren_US
dc.contributor.authorNorakyairee Mohd Rausen_US
dc.contributor.authorMahyuddin Hashimen_US
dc.contributor.authorNur Amalina Azharen_US
dc.contributor.authorMuhammad Shahril Azrie Zainudinen_US
dc.contributor.authorZakaria Yahyaen_US
dc.contributor.authorSharipah Zainah Abdul Rahmanen_US
dc.contributor.authorAnisah Razalien_US
dc.date.accessioned2024-05-30T06:52:41Z
dc.date.available2024-05-30T06:52:41Z
dc.date.issued2021-10-06
dc.descriptionPAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.description.abstractTerdapat beberapa pendekatan yang popular dalam pendidikan tilawah al-Quran, antaranya adalah yang dimulai dengan penerapan kemahiran literasi. Pendekatan yang sama juga diaplikasikan dalam pengajaran asas tilawah al-Quran kepada komuniti OKU Penglihatan yang menggunakan medium tulisan Braille. Uniknya, di dalam mashaf al-Quran versi Braille, susunan penulisannya tidak sama seperti teks al-Quran tipikal, sebaliknya setiap huruf dan penandaan ditranskripsi ke dalam bentuk kod Braille dan disusun bersesuaian dengan keunikan cara OKU Penglihatan membacanya. Dari aspek pengajarannya pula, ia memerlukan kaedah serta teknik pengajaran yang berbeza daripada yang biasa dilaksanakan ke atas golongan tipikal. Fokus penulisan ini adalah untuk mengenengahkan dokumentasi ringkas ke atas beberapa kaedah dan modul pengajaran tilawah al-Quran bagi OKU Penglihatan di samping pengalaman dan usaha Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dalam mengkaji keunikan yang terdapat dalam proses pengajaran asas tilawah al-Quran Braille pada modul-modul yang sedia ada ini. Dengan berasaskan metodologi kualitatif, dokumen-dokumen yang berkaitan dikumpul dan dianalisis secara deskriptif kemudian dibentangkan sebagai dapatan. Hasil daripada pemerhatian ke atas dokumen-dokumen ini, didapati bahawa terdapat keunikan yang perlu diterapkan pada kaedah yang digunakan bagi meraikan sensitiviti dan cara pembelajaran OKU Penglihatan membaca al-Quran, terutamanya pada sudut penerangan dan susunan bahan. Melalui maklumat yang diperolehi dari kajian ini, asas kaedah pembelajaran tilawah bagi OKU Penglihatan dapat dikenal pasti, seterusnya membawa kepada usaha pembangunan modul yang lebih komprehensif sebagai sumbangan yang terkini dalam bidang tilawah al-Quran khususnya bagi OKU Penglihatan.en_US
dc.identifier.epage860
dc.identifier.issn2811-3411
dc.identifier.spage847
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16875
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferencePROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021en_US
dc.subjectTilawah, Modul, al-Quran Braille, OKU penglihatan, UMMIen_US
dc.titlePembelajaran Tilawah Al-Quran Braille: Pengalaman Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) USIMen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN BRAILLE PENGALAMAN PUSAT PENYELIDIKAN IBNU UMMI MAKTUM (UMMI) USIM.pdf
Size:
856.62 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections