Publication: Penggunaan Display Light Board (DLB) Dalam Meningkatkan Kemahiran Teknik Melukis Bentuk Geometri Secara ‘Still Life’
Loading...
Date
2021
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
Abstract
Pengenalan - Display Light Board menggabungkan unsur cahaya dan latar belakang putih
untuk menimbulkan kesan cahaya dinamik dan dramatik kepada bentuk-bentuk geometri
yang diletakkan di atasnya. Inovasi ini dilakukan kerana murid didapati sukar melukis
bentuk objek khususnya bentuk geometri dan tidak dapat menentukan arah cahaya dan saiz
bayang yang tepat semasa melukis.
Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan display light board (DLB)
dalam meningkatkan kemahiran teknik melukis bentuk geometri secara ‘still life’.
Methodologi – Kajian ini melibatkan 10 orang murid aliran seni Tingkatan 4. Kajian
secara kualitatif dijalankan dengan kaedah temubual, ujian pra, pelaksanaan intervensi
menggunakan instrument Model DLB dan ujian pos. Penggunaan model DLB sebagai satu
kaedah inovasi dengan menyalakan lampu kearah bentuk-bentuk geometri yang diletakkan
diatas papan, sehingga terhasil kesan cahaya dan bayang yang dapat dijadikan panduan
kepada murid untuk melukis bentuk yang efektif.
Dapatan – Model inovasi DLB digunakan agar murid lebih faham dan dapat melihat
gambaran sebenar bentuk geometri bersama kesan cahaya dan bayang yang tepat. Di
samping mempraktikkan teknik melukis, aspek keseimbangan, kadar banding, ton, bayang
dan kesan pencahayaan yang betul juga diaplikasikan bersama semasa menghasilkan karya.
Hasil inovasi ini menunjukkan 100% murid mudah melihat dan faham arah cahaya serta
bentuk bayang yang terhasil daripada cahaya lampu yang dipasang. Murid lebih yakin
kerana dapat melihat bentuk objek, bayang dan cahaya sebenar. 90 % daripada mereka
dapat melukis objek dengan baik dengan mengenalpasti kedudukan bayang yang tepat pada
objek.
Kepentingan – Kajian ini dapat digunakan oleh para guru sebagai pendedahan kepada
murid untuk mudah memahami konsep melukis objek dengan tepat, memudahkan murid
melihat, memahami konsep secara autentik, meneliti kesan cahaya dan bayang dengan jelas
dan dapat melukis bentuk maujud secara ‘still life’. Kajian ini juga penting untuk
menambah kreativiti serta mengetengahkan idea guru dalam meningkatkan penghasilan
inovasi. Di samping itu, kemahiran melukis murid dapat ditingkatkan selari dengan
keputusan peperiksaannya kelak.
Description
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani
11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian)
Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia
Keywords
Display Light Board, cahaya, bayang, lukisan bentuk geometri