Publication:
Penggunaan Display Light Board (DLB) Dalam Meningkatkan Kemahiran Teknik Melukis Bentuk Geometri Secara ‘Still Life’

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pengenalan - Display Light Board menggabungkan unsur cahaya dan latar belakang putih untuk menimbulkan kesan cahaya dinamik dan dramatik kepada bentuk-bentuk geometri yang diletakkan di atasnya. Inovasi ini dilakukan kerana murid didapati sukar melukis bentuk objek khususnya bentuk geometri dan tidak dapat menentukan arah cahaya dan saiz bayang yang tepat semasa melukis. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan display light board (DLB) dalam meningkatkan kemahiran teknik melukis bentuk geometri secara ‘still life’. Methodologi – Kajian ini melibatkan 10 orang murid aliran seni Tingkatan 4. Kajian secara kualitatif dijalankan dengan kaedah temubual, ujian pra, pelaksanaan intervensi menggunakan instrument Model DLB dan ujian pos. Penggunaan model DLB sebagai satu kaedah inovasi dengan menyalakan lampu kearah bentuk-bentuk geometri yang diletakkan diatas papan, sehingga terhasil kesan cahaya dan bayang yang dapat dijadikan panduan kepada murid untuk melukis bentuk yang efektif. Dapatan – Model inovasi DLB digunakan agar murid lebih faham dan dapat melihat gambaran sebenar bentuk geometri bersama kesan cahaya dan bayang yang tepat. Di samping mempraktikkan teknik melukis, aspek keseimbangan, kadar banding, ton, bayang dan kesan pencahayaan yang betul juga diaplikasikan bersama semasa menghasilkan karya. Hasil inovasi ini menunjukkan 100% murid mudah melihat dan faham arah cahaya serta bentuk bayang yang terhasil daripada cahaya lampu yang dipasang. Murid lebih yakin kerana dapat melihat bentuk objek, bayang dan cahaya sebenar. 90 % daripada mereka dapat melukis objek dengan baik dengan mengenalpasti kedudukan bayang yang tepat pada objek. Kepentingan – Kajian ini dapat digunakan oleh para guru sebagai pendedahan kepada murid untuk mudah memahami konsep melukis objek dengan tepat, memudahkan murid melihat, memahami konsep secara autentik, meneliti kesan cahaya dan bayang dengan jelas dan dapat melukis bentuk maujud secara ‘still life’. Kajian ini juga penting untuk menambah kreativiti serta mengetengahkan idea guru dalam meningkatkan penghasilan inovasi. Di samping itu, kemahiran melukis murid dapat ditingkatkan selari dengan keputusan peperiksaannya kelak.

Description

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia

Keywords

Display Light Board, cahaya, bayang, lukisan bentuk geometri

Citation