Publication: Strategi Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri Bagi Mendepani Tekanan Akademik Semasa Wabak Covid-19
Loading...
Date
2020
Authors
Abdul Rashid Abdul Aziz
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
Abstract
Pandemik Coronavirus Disease 2019(COVID-19) yang melanda Malaysia dan seluruh dunia telah memberi implikasi yang sangat besar kepada pelbagai sektor termasuklah sektor pendidikan negara. Ia menuntut setiap pelajar untuk beradaptasi dengan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian daripada sistem konvensional yang sedia ada. Proses adaptasi ini memerlukan pelajar untuk mempunyai strategi daya tindak yang bersesuaian agar dapat mendepani tekanan akademik yang berlaku. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau cabaran pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar, impak tekanan akademik terhadap kesejahteraan kendiri dan strategi daya tindak yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Maklumat yang diketengahkan adalah berdasarkan kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan. Teori Kesejahteraan Psikologi atau Psychological Well-being(PWB) telah diadun bersama Teori Transaksional Tekanan dan Daya Tindak Lazarus dan Folkman bagi merungkai permasalahan yang wujud ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menjadi cabaran kepada pembelajaran dalam talian yang memberi natijah terhadap tekanan akademik. Di Malaysia, kajian berkaitan cabaran pembelajaran dalam talian semasa norma baharu yang mencetuskan tekanan akademik masih lagi terhad dan minima. Oleh itu, kajian ini dapat menjadi satuplatform dan sumber rujukan baru khususnya terhadap institusi pendidikan di negara ini bagi memastikan sistem pembelajaran dalam talian dapat dilaksanakan dengan efisien serta dimanfaatkan secara optimum oleh setiap pelajar di Malaysia.
Description
Keywords
tekanan akademik, pembelajaran dalam talian, norma baharu
Citation
Abdul Aziz, A. R., Shafie, A. A. H., Mohd Soffian Lee, U. H. and Raja Ashaari, R. N. S. (2020) “Strategi Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani Tekanan Akademik Semasa Wabak COVID-19”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), pp. 16 - 30. doi: 10.47405/mjssh.v5i12.594.