Publication:
Analisis Pengurusan Krisis Dari Perspektif Psikologi Dan Kaunseling-Satu Kajian Kes

dc.contributor.authorOthman Ab Rahmanen_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:19:32Z
dc.date.available2024-05-31T02:19:32Z
dc.date.issued2021-09-09
dc.descriptionPapers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysiaen_US
dc.description.abstractKepemimpinan merupakan suatu kebolehan seseorang dalam mengurus tugasan atau permasalahan. Kemahiran kepemimpinan boleh diperolehi melalui pembelajaran dalam kelas, namun kadang-kadang ia diperolehi melalui pengalaman kerja. Dalam suatu kursus kepimpinan penulis telah menyampaikan ilmu dan kemahiran kepemimpinan melalui perkongsian pengalaman sekumpulan pegawai Bomba dan Penyelamat. Setiap peserta diminta mencatatkan semula pengalaman semasa menjalankan tugas menyelamat yang tidak dapat dilupakan. Antara pengalaman yang dikongsikan dalam artikel ini ialah pengalaman menurunkan jenazah seorang penduduk kampung yang tersangkut di atas sepohon kelapa di waktu malam. Klien telah memanjat pokok kelapa tersebut dan mendapati jenazah tersebut tersangkut dicelah pelepah kelapa. Ketika cuba mengangkat jenazah tersebut barulah klien menyedari bahawa jenazah tersebut sangat berat. Klien memohon bantuan rakan-rakan agar sebuah kren disediakan untuk mengangkat jenazah tersebut. Malangnya ketinggian kren tersebut tidak mampu membantu kerana pucuk kelapa tersebut lebih tinggi. Akhirnya seorang rakan anggota bomba terpaksa memanjat pokok kelapa yang sama dengan membawa tali tambahan untuk mengikat jenazah berkenaan. Tanpa menghiraukan keselamatan diri, klien bersama rakan akhirnya berjaya membawa jenazah tersebut. Sebaik sahaja jenazah berjaya dibawa turun dari pokok kelapa, sekali lagi cabaran besar menanti. Tiada seorang penduduk kampung yang sanggup menguruskan jenazah. Mereka memberikan pelbagai alasan. Klien telah melalui proses penerokaan pengalaman dengan menggunakan pendekatan psikologi kaunseling. Respon dan maklumbalas dari rakan kelompok juga dianalisis untuk membantu klien mencari punca kejadian serta mengesan nilai dan etika dari pengalaman tersebut. Akhirnya klien dibantu mengesan pengalaman negatif dan positif dari perkongsian tersebut. Pengalaman negatif telah dipulihkan melalui rawatan yang sesuai. Banyak lagi pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakan anggota Bomba dan Penyelamat yang lain dibentangkan dalam kajian kali ini. Kata kunci: Kepimpinan, Penrusuan Krisis, Pemgalaman,en_US
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18488
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferenceE-PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS 2021 (SAIS 2021)en_US
dc.subjectKepimpinan,en_US
dc.subjectPengurusan Krisis,en_US
dc.subjectPengalaman,en_US
dc.titleAnalisis Pengurusan Krisis Dari Perspektif Psikologi Dan Kaunseling-Satu Kajian Kesen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
35.BM. SAIS2021 - Analisis Pengurusan Krisis Dari Perspektif Psikologi Dan Kaunseling-Satu Kajian Kes.pdf
Size:
489.33 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Analisis Pengurusan Krisis Dari Perspektif Psikologi Dan Kaunseling-Satu Kajian Kes
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections