Publication:
Kerangka Perundangan Sertu Dalam Industri Halal Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image

Date

2020-10-27

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Halal kini menjadi simbol kualiti, kebersihan dan gaya hidup masyarakat. Halal yang sebelum ini sinonim dengan Muslim, kini telah mula menarik perhatian orang bukan Islam untuk menggunakan produk atau servis halal. Bagi memperolehi pensijilan halal, pelaksanaan sertu menjadi salah satu keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh industri sederhana dan besar di Malaysia. Walaupun sertu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, syarikat perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) secara bertulis berkaitan sertu sebagai persediaan sekiranya berlaku ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu (jika berkaitan) dan ini digariskan sebagai salah satu keperluan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS) dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2019. Di Malaysia, perundangan halal adalah di bawah bidangkuasa kerajaan negeri. Terdapat beberapa isu berbangkit dalam aspek perundangan dan penguatkuasaan pelaksaan sertu ini. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kerangka perundangan sertu dalam industri halal di Malaysia. Bagi mencapai tujuan ini, kajian secara kualitatif akan dilaksanakan, dengan menumpukan kepada kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen dan temubual bersemuka. Dapatan daripada kajian ini mendapati tiada kerangka perundangan sertu secara khusus buat masa ini dan ini boleh mendatangkan kekeliruan dalam melaksanakan pemantauan secara menyeluruh dalam konteks pensijilan halal. Tatacara dan pihak-pihak yang boleh melaksanakan proses sertu juga perlu diperhalusi supaya tidak menimbulkan konflik kepentingan kepada pihak-pihak yang terlibat. Kajian ini mencadangkan agar pihak berotoriti dalam pensijilan halal dapat menyediakan satu kerangka perundangan sertu yang jelas dan seragam bagi mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan sertu yang melibatkan pensijilan halal. Selain itu, dicadangkan supaya di tambahbaik garis panduan khusus bagi setiap skim halal kerana keperluan setiap skim adalah berbeza.

Description

International Seminar on Syariah and Law (INSLA 2020) E-Proceedings “Hala Tuju Syariah Dan Undang - Undang Mendepani Pandemik Covid - 19” Organized by : Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia 27-28 October 2020

Keywords

Sertu, perundangan, pensijilan halal, industri halal, pengguna

Citation

Collections