Publication:
Kerangka Perundangan Sertu Dalam Industri Halal Di Malaysia

dc.contributor.authorMustafa ‘Afifi Abdul Halimien_US
dc.contributor.authorSumaiyah Abd Azizen_US
dc.contributor.authorMohd Mahyeddin Mohd Sallehen_US
dc.contributor.authorHasdhatul Nor Aliah Md Saiden_US
dc.date.accessioned2024-05-31T01:58:18Z
dc.date.available2024-05-31T01:58:18Z
dc.date.issued2020-10-27
dc.descriptionInternational Seminar on Syariah and Law (INSLA 2020) E-Proceedings “Hala Tuju Syariah Dan Undang - Undang Mendepani Pandemik Covid - 19” Organized by : Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia 27-28 October 2020en_US
dc.description.abstractHalal kini menjadi simbol kualiti, kebersihan dan gaya hidup masyarakat. Halal yang sebelum ini sinonim dengan Muslim, kini telah mula menarik perhatian orang bukan Islam untuk menggunakan produk atau servis halal. Bagi memperolehi pensijilan halal, pelaksanaan sertu menjadi salah satu keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh industri sederhana dan besar di Malaysia. Walaupun sertu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, syarikat perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) secara bertulis berkaitan sertu sebagai persediaan sekiranya berlaku ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu (jika berkaitan) dan ini digariskan sebagai salah satu keperluan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS) dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2019. Di Malaysia, perundangan halal adalah di bawah bidangkuasa kerajaan negeri. Terdapat beberapa isu berbangkit dalam aspek perundangan dan penguatkuasaan pelaksaan sertu ini. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kerangka perundangan sertu dalam industri halal di Malaysia. Bagi mencapai tujuan ini, kajian secara kualitatif akan dilaksanakan, dengan menumpukan kepada kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen dan temubual bersemuka. Dapatan daripada kajian ini mendapati tiada kerangka perundangan sertu secara khusus buat masa ini dan ini boleh mendatangkan kekeliruan dalam melaksanakan pemantauan secara menyeluruh dalam konteks pensijilan halal. Tatacara dan pihak-pihak yang boleh melaksanakan proses sertu juga perlu diperhalusi supaya tidak menimbulkan konflik kepentingan kepada pihak-pihak yang terlibat. Kajian ini mencadangkan agar pihak berotoriti dalam pensijilan halal dapat menyediakan satu kerangka perundangan sertu yang jelas dan seragam bagi mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan sertu yang melibatkan pensijilan halal. Selain itu, dicadangkan supaya di tambahbaik garis panduan khusus bagi setiap skim halal kerana keperluan setiap skim adalah berbeza.en_US
dc.identifier.epage565
dc.identifier.issne-ISSN: 2735 - 1742
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage554
dc.identifier.urihttps://insla.usim.edu.my/index.php/eproceeding/issue/view/2
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18213
dc.identifier.volume3
dc.language.isootheren_US
dc.publisherFaculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferenceInternational Seminar on Syariah and Law (INSLA 2020) E-Proceedingsen_US
dc.subjectSertu, perundangan, pensijilan halal, industri halal, penggunaen_US
dc.titleKerangka Perundangan Sertu Dalam Industri Halal Di Malaysiaen_US
dc.title.alternativeThe Legal Framework Of Sertu For Halal Industry In Malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
KERANGKA PERUNDANGAN SERTU DALAM INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA.pdf
Size:
917.2 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections