Publication:
Pemeribumian Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Melalui Paradigma Sejahtera

dc.contributor.authorRatna Roshida Ab Razaken_US
dc.contributor.authorNur Ayuni Mohd Isaen_US
dc.contributor.authorMuhammad Hafeez Zakariaen_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:06:50Z
dc.date.available2024-05-31T02:06:50Z
dc.date.issued2022
dc.descriptionE-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta Indonesiaen_US
dc.description.abstractMakalah ini bertujuan untuk memperibumikan atau mentempatankan Agenda 2030, Matlamat Pembangunan Lestari. Agenda ini merupakan satu usaha pihak antarabangsa, khususnya dari Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu untuk memastikan pembangunan yang dilaksanakan dapat memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejas keperluan di masa hadapan. Pemeribumian merupakan salah satu usaha ke arah dekolonisasi, iaitu satu usaha pembebasan dari penjajahan atau menyahjajahkan terutama dalam aspek pemikiran atau disebut sebagai epistemologi. Walaupun Malaysia telah menyambut kemerdekaan kali ke 64, namun kelihatan masih gagal untuk melepaskan penjajahan minda ini dan menjadikan kita kekal dijajah melalui penjajahan secara pemikiran (epistemelogi. Usaha pemeribumiannya melalui paradigma sejahtera dilihat penting kerana sejahtera merupakan satu konsep hidup orang Melayu yang berasaskan kearifan tempatan yang perlu diketengahkan sebagai panduan demi menjamin kebahagian hidup yang sebenar. Makalah ini cuba untuk memeribumikan Matlamat Pembangunan Lestari ini agar sesuai dengan citarasa atau nuansa tempatan, berasaskan acuan asal kita. Hal ini penting agar kita tidak sepenuhnya mengikut acuan dari Barat yang belum pasti keberhasilan yang diperolehinya menepati atau tidak dengan konsep sejahtera. Model Sejahtera yang dibina memastikan wujudnya elemen keseimbangan dalam semua aspek, khususnya kehidupan di dunia dan akhirat. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan melibatkan data-data sekunder dari kajian kepustakaan. Data-data kualitatif yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Makalah ini mengetengahkan hasil kajian dengan mengaplikasi konsep sejahtera yang terdiri daripada 7 aspek penting dalam kehidupan manusia, pembangunan yang lestari dapat dicapai dan pada masa yang sama dapat mengekalkan identiti dan jati diri sebagai rakyat tempatan yang mempunyai kearifan tempatan yang tersendiri.en_US
dc.identifier.epage33
dc.identifier.isbne-ISBN : 9789670001746
dc.identifier.spage25
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18301
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPenerbit USIMen_US
dc.relation.conferenceE-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022en_US
dc.subjectMatlamat Pembangunana Lestari, Konsep Sejahtera, Keseimbangan, Pemeribumian.en_US
dc.titlePemeribumian Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Melalui Paradigma Sejahteraen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pemeribumian Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Melalui Paradigma Sejahtera.pdf
Size:
379.08 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections