Publication: Hadith Dalam Matn Hirz Al-Amani Dan Tayyibah Al-Nasyr: Olahan Maksudnya Dalam Bentuk Syair
dc.contributor.author | Khairul Anuar Mohamad | en_US |
dc.contributor.author | Mohd Zaini Zakaria | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-30T07:13:10Z | |
dc.date.available | 2024-05-30T07:13:10Z | |
dc.date.issued | 2020-10-29 | |
dc.description | Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM037 610-620 | en_US |
dc.description.abstract | Matn Syatibiyyah dan Tayyibah al-Nasyr adalah rujukan utama dalam ilmu Qiraat. Imam al-Syatibiy menghasilkan Matn Syatibiyyah bersumber dari kitab al-Taisir yang dihasilkan oleh Imam Abu Amru al-Dani. Karya Imam al-Syatibiy ini menjadi teks utama dalam pengajian ilmu Qiraat Tujuh. Semua Usul Qiraat dan Farsy Huruf bagi semua Qurra diolah dengan bahasa yang amat baik dan menjadi hujah dalam ilmu Qiraat Tujuh. Manakala Matn Tayyibah al-Nasyr pula yang dihasil oleh Imam Ibn al-Jazari juga menjadi rujukan dalam Qiraat Sepuluh Kubra. Kandungannya diolah dari Matn Syatibiyyah dan Matn Durrah. Ijtihad Imam Ibn al-Jazari ini telah melengkap pengajian ilmu Qiraat Sepuluh. Menariknya jika dilihat dalam muqadimah kedua-dua matn tersebut terdapat bait syair yang diolah bersumber daripada hadith Rasulullah S.A.W. Perkara ini amat menarik dan perlu dibuat kajian untuk melihat bentuk syair yang digunapakai bersumberkan hadith. Selain itu ia juga melihat status hadith dengan cara melihat kepada takhrij hadith. Kajian mendapati hadith Nabi S.A.W. yang terdapat dalam dua matn Qiraat adalah berkaitan dengan kelebihan membaca al-Quran, anugerah yang mereka akan peroleh dan juga galakan untuk membaca al-Quran. Selain itu ia ada juga berkaitan cara membaca isti’azah dan basmalah. Kesimpulanya kedua matn Qiraat ini amat tinggi nilainya dalam ilmu Qiraat dan mengaitkan dalam kandungan muqadimahnya dengan beberapa hadith yang diolah dalam bentuk syair. Kedua-dua pengarangnya adalah mahir dalam ilmu Qiraat dan amat mahir juga dalam ilmu hadith. | en_US |
dc.identifier.issn | 2756-8156 | |
dc.identifier.uri | www.penerbit.usim.edu.my | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17258 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Islam Malaysia | en_US |
dc.relation.conference | Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 | en_US |
dc.subject | Matn al-Hirz, | en_US |
dc.subject | Tayyibah al-Nasyr, | en_US |
dc.subject | Imam Syatibi | en_US |
dc.title | Hadith Dalam Matn Hirz Al-Amani Dan Tayyibah Al-Nasyr: Olahan Maksudnya Dalam Bentuk Syair | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- BM037 - Hadith Dalam Matn Hirz Al-Amani Dan Tayyibah Al-Nasyr Olahan Maksudnya Dalam Bentuk Syair.pdf
- Size:
- 564.37 KB
- Format:
- Adobe Portable Document Format
- Description:
- Hadith Dalam Matn Hirz Al-Amani Dan Tayyibah Al-Nasyr: Olahan Maksudnya Dalam Bentuk Syair
License bundle
1 - 1 of 1