Publication:
Pendirian Generasi Muda Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Patriotisme di Malaysia

dc.contributor.authorKu Hasnita Ku Samsuen_US
dc.contributor.authorZatul Himmah Adnanen_US
dc.contributor.authorMohd. Mahadee Ismailen_US
dc.contributor.authorYok Fee Leeen_US
dc.contributor.authorArfah Ab Majiden_US
dc.contributor.authorRatna Roshida Ab Razaken_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:45:31Z
dc.date.available2024-05-30T01:45:31Z
dc.date.issued2020-11
dc.descriptionVol. 5 No. 2 (2020): Jurnal Sains Insanien_US
dc.description.abstractSejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah muncul sebagai lingua franca ratusan tahun yang lalu sekali gus merupakan refleksi kepada kehebatan dan ketinggian darjat bahasa tersebut. Lingua franca merujuk kepada bahasa perantara atau bahasa perhubungan antara masyarakat dengan golongan yang berlainan bahasa. Hal ini bermaksud bahasa Melayu merupakan bahasa pergaulan yang mudah dipelajari dan difahami oleh sesiapa sahaja. Lantaran itu, bahasa tersebut berupaya bertindak sebagai jambatan ke arah pengharmonian dan perpaduan dalam kalangan para penuturnya kerana keserasian serta kesefahaman mereka melalui satu bahasa pertuturan yang sama. Kehebatan bahasa Melayu juga turut terserlah apabila perjanjian- perjanjian penting antara pihak penjajah dengan Raja-raja Melayu turut dibuat dalan bahasa Melayu bertulisan jawi seperti Perjanjian Pangkor 1874. Malah ketika zaman penjajahan, bahasa Melayu tidak pernah dihapuskan oleh penjajah. Seterusnya status bahasa Melayu telah diangkat sebagai salah satu daripada elemen-elemen tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Situasi ini memaparkan bahasa Melayu merupakan sumber jati diri yang kukuh serta berupaya membentuk semangat patriotisme setiap penuturnya yang bergelar rakyat Malaysia. Namun realiti yang berlaku agak berbeza apabila terdapat sebilangan warganegara yang fasih berbahasa Melayu telah memaparkan sikap tidak patriotik mereka secara terang-terangan, terutamanya melalui media sosial. Justeru, kajian ini dilakukan secara kuantitatif untuk meneliti pendirian generasi muda di negara ini terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai wadah semangat patriotisme. Responden kajian ini terdiri daripada 400 mahasiswa Universiti Putra Malaysia dan 400 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hasil kajian memaparkan majoriti responden berpendirian bahawa bahasa Melayu sememangnya berupaya bertindak sebagai wadah patriotisme.en_US
dc.identifier.citationKu Samsu, K. H., Adnan, Z. H., Ismail, M. M., Lee, Y. F., Ab Majid, A., & Ab Razak, R. R. (2020). Pendirian Generasi Muda Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Patriotisme di Malaysia: Youths Stand on the Use of Malay Language as a means of Patriotism in Malaysia. Sains Insani, 5(2), 17-24. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.205en_US
dc.identifier.doi10.33102/sainsinsani.vol5no2.205
dc.identifier.epage24
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue2
dc.identifier.spage17
dc.identifier.urihttps://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/205
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15242
dc.identifier.volume5
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUSIM Pressen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insanien_US
dc.subjectbahasa Melayu, patriotisme, unsur tradisi Perlembagaan Persekutuanen_US
dc.titlePendirian Generasi Muda Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Patriotisme di Malaysiaen_US
dc.title.alternativeYouths Stand on the Use of Malay Language as a means of Patriotism in Malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pendirian Generasi Muda Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Patriotisme di Malaysia.pdf
Size:
295.34 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: