Publication:
Pengintegrasian Sains Tauhidik: Persepsi Peserta

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kimia merupakan salah satu cabang ilmu sains yang telah lama dipelopori oleh ilmuwan Islam. Walau bagaimanapun, sekularisme telah menjadikan sains terpinggir dari Islam, apatah lagi merapatkan hubungan di antara manusia dan Pencipta. Seminar Sains Tauhidik telah diadakan untuk menghebahkan pengetahuan dan penemuan oleh penyelidik dari latar belakang sains dan pengajian Islam kepada pelajar dan pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Borang soal selidik tentang pemahaman dan persepsi berkenaan penyepaduan sains dan Islam telah diagihkan kepada peserta selepas tamat seminar. Hasil kajian mendapati 93.8% responden meminati sains tetapi hanya 63.1% pernah didedahkan kepada pembelajaran berintegrasi sains dan Islam. Selain itu, 63.1% memahami maksud sekularisme dan 69.2% menyedari unsur kimia ada disebut di dalam al-Quran. Kajian ini juga menunjukkan bahawa lebih 90% responden bersetuju sains dan Islam dikaitkan dengan cara bersepadu. Kesimpulannya, integrasi sains dan Islam atau Sains Tauhidik memandu kita meneroka dan mempelajari tentang alam ini melalui aktiviti sains berlandaskan Islam berpandukan al-Quran dan hadis. Oleh itu, usaha-usaha yang lebih proaktif dan holistik perlu dilakukan untuk mendidik dan mengukuhkan kefahaman Sains Tauhidik kepada pelajar seawal di sekolah rendah lagi.

Description

Keywords

kimia, integrasi, sains tauhidik, sekularisme

Citation