Publication:
Penterjemahan Buku Agama Berbahasa Arab Di Indonesia Dan Malaysia: Kajian Perbandingan

dc.contributor.authorUmmu Hani Abasen_US
dc.contributor.authorMohd Azizul Rahman Zabidinen_US
dc.contributor.authorAbdul Ghani Md Dinen_US
dc.date.accessioned2024-05-28T03:38:12Z
dc.date.available2024-05-28T03:38:12Z
dc.date.issued2020
dc.description.abstractKerancakan kegiatan terjemahan buku-buku agama berbahasa Arab di Indonesia dilihat amat ketara berbanding di Malaysia yang hanya mencatat bilangan yang amat sedikit. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah motivasi atau motif yang mendorong kerancakan kegiatan terjemahan terhadap buku-buku agama berbahasa Arab di Indonesia dan apakah faktor yang menyumbang kepada kelambatan terjemahan buku berbahasa Arab di Malaysia. Berdasarkan penelitian yang dibuat, banyak kajian dalam bidang terjemahan melibatkan penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa Melayu seperti bahasa Thai-Melayu, Cina-Melayu dan Perancis-Melayu. Manakala kajian terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa melayu amat sedikit. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen, artikel-artikel dan kajian-kajian tentang terjemahan buku berbahasa Arab di Indonesia dan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motif ideologi dan pendidikan menjadi faktor utama kepada penterjemah di Indonesia untuk terus-menerus melakukan aktiviti terjemahan. Selain itu, motif ekonomi juga turut mendorong penterjemah dan penerbit rancak menterjemahkan dan menerbitkan buku-buku agama.Walau bagaimanapun, di Malaysia terdapat beberapa cabaran dan kekangan yang menyebabkan kelewatan aktiviti terjemahan dan penerbitan buku-buku agama seperti adanya proses penapisan dan kawalan yang ketat terhadap penerbitkan buku-buku berbentuk fahaman dan idealogi agama. Selain itu didapati bahawa kegiatan penerbitan lebih tertumpu terhadap hasil penulisan jurnal ilmiah dalam institusi pendidikan berbanding terjemahan buku-buku sehingga menyebabkan aktiviti terjemahan menjadi agak perlahan. Di samping itu berlakunya pengurangan dana danstrategi pemasaran yang lemah turut memberi kesan kepada industri buku negara. Namun begitu, aktiviti terjemahan buku-buku agama tidak harus dipandang sepi.Perhatian serius pelbagai pihak perlu untuk menanggani masalah-masalah tersebut bagi memastikan karya-karya ulung dunia mampu diterjemahkan dengan baik dan menarik lebih ramai penggiat karya terjemahan menceburi bidang ini.en_US
dc.identifier.epage14
dc.identifier.issn2180-0006
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage1
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4842
dc.identifier.volume5
dc.language.isootheren_US
dc.publisherKulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMSen_US
dc.relation.ispartofInternational Refereed Journal Of Arabic Language & Cultureen_US
dc.subjectPenterjemahan, buku agama berbahasa Arab, Indonesia, Malaysiaen_US
dc.titlePenterjemahan Buku Agama Berbahasa Arab Di Indonesia Dan Malaysia: Kajian Perbandinganen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files