Publication: Perdagangan Mata Wang Atas Talian (Online Forex Trading): Kewajaran Pengharamannya Dari Perspektif Syariah Dan Undang-Undang Malaysia
dc.contributor.author | Nik Rahim Nik Wajis | en_US |
dc.contributor.author | Nurliyana Shahira Binti Baharli | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-31T02:19:58Z | |
dc.date.available | 2024-05-31T02:19:58Z | |
dc.date.issued | 2021-09-09 | |
dc.description | Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. | en_US |
dc.description.abstract | Perdagangan mata wang atas talian (PMWAT) atau Online forex trading (OFT) adalah di antara jenis perdagangan yang semakin mendapat perhatian masyarakat pada masa kini. Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan PMWAT ini semakin mendapat perhatian bagi dijadikan sumber pendapatan pantas bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Satu fakta yang tidak dapat dinafikan PMWAT adalah di antara jenis perdagangan yang mempunyai tahap kecairan (liquidity) yang paling tinggi dalam pasaran kewangan dunia. Namun begitu, isu berkaitan pengharaman PMWAT masih menjadi perdebatan oleh pelbagai latar belakang masyarakat meskipun telah wujud fatwa yang mengharamkan urus niaga ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis kitab-kitab fiqh serta artikel dan jurnal bagi mengupas isu kedudukan PMWAT menurut perspektif Syariah serta undang-undang di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa PMWAT adalah jenis perdagangan yang mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat khas kerana ianya termasuk dalam kategori Bai’ al-Sarf. Analisis kajian turut mendapati bahawa sistem PMWAT yang digunapakai pada masa kini adalah bertentangan dengan rukun dan syarat muamalat menurut syarak. Maka, hasil kajian berpandangan bahawa terdapat kewajaran dalam pengharaman PMWAT berdasarkan beberapa isu yang dibincangkan dalam artikel ini. Kata kunci: perdagangan mawa wang, forex, syariah, Bai’ al-Sarf, pengharaman | en_US |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18533 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Islam Malaysia | en_US |
dc.subject | perdagangan mawa wang, | en_US |
dc.subject | forex, | en_US |
dc.subject | syariah, | en_US |
dc.subject | Bai’ al-Sarf, | en_US |
dc.subject | pengharaman | en_US |
dc.title | Perdagangan Mata Wang Atas Talian (Online Forex Trading): Kewajaran Pengharamannya Dari Perspektif Syariah Dan Undang-Undang Malaysia | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- 16.BM. SAIS2021 - Perdagangan Mata Wang Atas Talian (Online Forex Trading)_ Kewajaran Pengharamannya Dari Perspektif Syariah Dan Undang-Undang Malaysia.pdf
- Size:
- 563.19 KB
- Format:
- Adobe Portable Document Format
- Description:
- Perdagangan Mata Wang Atas Talian (Online Forex Trading): Kewajaran Pengharamannya Dari Perspektif Syariah Dan Undang-Undang Malaysia
License bundle
1 - 1 of 1