Publication: Kajian Penilaian Keberkesanan Program Perangi Dadah (pdh) Habis-habisan 2017-2018
Loading...
Date
2021-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
AADK
Abstract
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai agensi peneraju dalam usaha
memerangi ancaman dadah dalam negara telah melaksanakan pelbagai program
dan aktiviti bagi memastikan kadar penyalahgunaan dadah dinegara ini dapat
dikurangkan. Antara Langkah komprehensif daripada pihak AADK adalah melalui
pelaksanaan program Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH) sebagai satu strategi
langkah baharu yang lebih berkesan bagi memerangi gejala penyalahgunaan
dadah. Bermula pada tahun 2016, program ini kemudiannya diteruskan pula
bagi Program PDH 2017-2018. Justeru, matlamat utama pelaksaaan kajian ini
adalah untuk membuat penilaian keberkesanan strategi perangi dadah habishabisan PDH yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya pihak
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Kajian ini dilaksanakan bertujuan
untuk menentukan profiling keseluruhan kawasan Program PDH 2017-2018,
menilai prestasi pencapaian KPI mengikut program utama 2017-2018, melihat
pencapaian keseluruhan PDH 2017-2018 mengikut program, kawasan dan
negeri, mengenalpasti impak PDH mengikut jumlah penagih baru yang dikesan
di 178 kawasan tumpuan, mengenalpasti impak PDH 2017-2018 mengikut
skor dan tahap pendayaupayaan komuniti dan mengetahui tahap kesediaan
komuniti terhadap program perangi dadah habis-habisan mengikut kategori
pemimpin komuniti. Terdapat 6 program utama PDH iaitu, (1) Program
Omnipresence, (2) Program Operasi Cegah (Pengesanan Dan Penahanan),
(3) Program Operasi Sarang/Bersepadu, (4) Program Ikon Antidadah, (5)
Program Media Baru, Luar Dan Statik dan (6) Program Pendayaupayaan
Komuniti (Community Empowerment). Manakala, indikator penilaian bagi
menentukan keberkesan program PDH ini diukur melalui; (1) Profiling kawasan,
(2) Pencapaian KPI, (3) Kesediaan komuniti, (4) Program pengesanan dan
penahanan dan (5) Pencapaian pendayaupayaan komuniti. Soal selidik pra
dan post diberikan kepada setiap responden bagi tujuan pencapaian objektif
kajian. Responden dikategorikan mengikut kategori 6 pemimpin komuniti.
Hasil kajian mendapati pemimpin komuniti daripada kategori penguatkuasa,
professional, JKK Kampung/ Wakil komuniti dan belia mencapai tahap
kesediaan komuniti yang paling tinggi iaitu pada tahap 8 (pengembangan/
pengesahan). Program Ikon Antidadah perlu diteliti semula dan dibuat
penambahbaikan bermula dengan pemilihan ikon di daerah, kesudian dan
komitmennya. Program CE juga perlu diberi lebih penekanan kerana program
ini adalah antara program terpenting untuk mencapai objektif PDH yang ke 4,
iaitu membangkitkan komuniti untuk memerangi dadah. Keberkesanan Latihan
TOT telah diberikan kepada seorang atau dua staf di setiap daerah untuk
memahami dan melaksanakan modul CE perlu diperhalusi. Kesimpulannya,
kejayaan PDH banyak bergantung kepada operasi dan gerak kerja di pejabat
AADK Daerah. Persediaan yang mencukupi dari segi ‘manpower’, bajet,
kelengkapan dan komitmen staf mempengaruhi kadar kejayaan program PDH.
Description
JILID 13, NO. 1, JUN 2021
Keywords
Penilaian program; perangi dadah; pendayaupayaan komuniti, AADK