Publication:
Kajian Penilaian Keberkesanan Program Perangi Dadah (pdh) Habis-habisan 2017-2018

dc.contributor.authorHaslee Sharil Lim Abdullahen_US
dc.contributor.authorSiti Nubailah Mohd Yusofen_US
dc.contributor.authorFarhana Saberien_US
dc.contributor.authorLau Poh Lien_US
dc.contributor.authorNor Azri Ahmaden_US
dc.contributor.authorSallina Mansuren_US
dc.contributor.authorNur Faizah Abdul Kaharen_US
dc.date.accessioned2024-05-28T03:50:30Z
dc.date.available2024-05-28T03:50:30Z
dc.date.issued2021-06
dc.date.submitted2022-2-14
dc.descriptionJILID 13, NO. 1, JUN 2021en_US
dc.description.abstractAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai agensi peneraju dalam usaha memerangi ancaman dadah dalam negara telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi memastikan kadar penyalahgunaan dadah dinegara ini dapat dikurangkan. Antara Langkah komprehensif daripada pihak AADK adalah melalui pelaksanaan program Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH) sebagai satu strategi langkah baharu yang lebih berkesan bagi memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Bermula pada tahun 2016, program ini kemudiannya diteruskan pula bagi Program PDH 2017-2018. Justeru, matlamat utama pelaksaaan kajian ini adalah untuk membuat penilaian keberkesanan strategi perangi dadah habishabisan PDH yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan profiling keseluruhan kawasan Program PDH 2017-2018, menilai prestasi pencapaian KPI mengikut program utama 2017-2018, melihat pencapaian keseluruhan PDH 2017-2018 mengikut program, kawasan dan negeri, mengenalpasti impak PDH mengikut jumlah penagih baru yang dikesan di 178 kawasan tumpuan, mengenalpasti impak PDH 2017-2018 mengikut skor dan tahap pendayaupayaan komuniti dan mengetahui tahap kesediaan komuniti terhadap program perangi dadah habis-habisan mengikut kategori pemimpin komuniti. Terdapat 6 program utama PDH iaitu, (1) Program Omnipresence, (2) Program Operasi Cegah (Pengesanan Dan Penahanan), (3) Program Operasi Sarang/Bersepadu, (4) Program Ikon Antidadah, (5) Program Media Baru, Luar Dan Statik dan (6) Program Pendayaupayaan Komuniti (Community Empowerment). Manakala, indikator penilaian bagi menentukan keberkesan program PDH ini diukur melalui; (1) Profiling kawasan, (2) Pencapaian KPI, (3) Kesediaan komuniti, (4) Program pengesanan dan penahanan dan (5) Pencapaian pendayaupayaan komuniti. Soal selidik pra dan post diberikan kepada setiap responden bagi tujuan pencapaian objektif kajian. Responden dikategorikan mengikut kategori 6 pemimpin komuniti. Hasil kajian mendapati pemimpin komuniti daripada kategori penguatkuasa, professional, JKK Kampung/ Wakil komuniti dan belia mencapai tahap kesediaan komuniti yang paling tinggi iaitu pada tahap 8 (pengembangan/ pengesahan). Program Ikon Antidadah perlu diteliti semula dan dibuat penambahbaikan bermula dengan pemilihan ikon di daerah, kesudian dan komitmennya. Program CE juga perlu diberi lebih penekanan kerana program ini adalah antara program terpenting untuk mencapai objektif PDH yang ke 4, iaitu membangkitkan komuniti untuk memerangi dadah. Keberkesanan Latihan TOT telah diberikan kepada seorang atau dua staf di setiap daerah untuk memahami dan melaksanakan modul CE perlu diperhalusi. Kesimpulannya, kejayaan PDH banyak bergantung kepada operasi dan gerak kerja di pejabat AADK Daerah. Persediaan yang mencukupi dari segi ‘manpower’, bajet, kelengkapan dan komitmen staf mempengaruhi kadar kejayaan program PDH.en_US
dc.identifier.epage177
dc.identifier.issn2231-9387
dc.identifier.issue1
dc.identifier.other1979-25
dc.identifier.spage147
dc.identifier.urihttps://jurnal.adk.gov.my/kajian-penilaian-keberkesanan-program-perangi-dadah-pdh-habis-habisan-2017-2018/
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5141
dc.identifier.volume13
dc.language.isoenen_US
dc.publisherAADKen_US
dc.relation.ispartofJurnal Antidadah Malaysiaen_US
dc.subjectPenilaian program; perangi dadah; pendayaupayaan komuniti, AADKen_US
dc.titleKajian Penilaian Keberkesanan Program Perangi Dadah (pdh) Habis-habisan 2017-2018en_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Kajian Penilaian Keberkesanan Program Perangi Dadah (pdh) Habis-habisan 2017-2018.pdf
Size:
1.01 MB
Format:
Adobe Portable Document Format