Publication:
Peranan Nilai-nilai Islam Dalam Pembangunan Insan Berteraskan Islam

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Islam adalah agama yang syumul dan ajarannya meliputi setiap aspek kehidupan. Antara ajaran yang dibawa ialah pengamalan nilai-nilai Islam dalam proses pembangunan insan. Nilai-nilai Islam mempunyai peranan penting dalam proses pembangunan insan dan tanpanya kehidupan tidak sempurna, serta akan berhadapan dengan masalah pelbagai. Hal ini kerana, pembangunan insan merupakan salah satu konsep pembangunan yang perlu diberi penekanan untuk menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian tamadun. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji peranan nilai-nilai Islam dalam pembangunan insan cemerlang bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak. Kajian ini menggunakan kaedah kajian dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dengan mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa nilai-nilai Islam berperanan penting dalam pembangunan insan yang sempurna dengan melihat kepada peranannya sebagai; (i) pembentuk peribadi dan pengawal diri, (ii) penggabung dan pengukuh, (iii) penghasil keseimbangan dan kestabilan, serta (iv) pembaik pulih tingkah laku.

Description

Keywords

Nilai-Nilai Islam, Pembangunan Insan Berteraskan Islam (PIBI), Peranan

Citation