Publication: Peranan Nilai-nilai Islam Dalam Pembangunan Insan Berteraskan Islam
Loading...
Date
2020
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Academic Insprired Network
Abstract
Islam adalah agama yang syumul dan ajarannya meliputi setiap aspek kehidupan.
Antara ajaran yang dibawa ialah pengamalan nilai-nilai Islam dalam proses pembangunan
insan. Nilai-nilai Islam mempunyai peranan penting dalam proses pembangunan insan dan
tanpanya kehidupan tidak sempurna, serta akan berhadapan dengan masalah pelbagai. Hal
ini kerana, pembangunan insan merupakan salah satu konsep pembangunan yang perlu diberi
penekanan untuk menjamin kesejahteraan hidup dan kelestarian tamadun. Justeru, kajian ini
bertujuan mengkaji peranan nilai-nilai Islam dalam pembangunan insan cemerlang bukan
sahaja di dunia, malah di akhirat kelak. Kajian ini menggunakan kaedah kajian dokumen
sebagai kaedah pengumpulan data dengan mengaplikasikan pendekatan analisis kandungan
sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa nilai-nilai Islam
berperanan penting dalam pembangunan insan yang sempurna dengan melihat kepada
peranannya sebagai; (i) pembentuk peribadi dan pengawal diri, (ii) penggabung dan
pengukuh, (iii) penghasil keseimbangan dan kestabilan, serta (iv) pembaik pulih tingkah laku.
Description
Keywords
Nilai-Nilai Islam, Pembangunan Insan Berteraskan Islam (PIBI), Peranan