Publication:
Elemen Naqli dan Aqli dalam Kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah: Kajian Analisis Terhadap Persepsi Pelajar

dc.contributor.authorWan Amir Nudin Bin Wan Ishaken_US
dc.contributor.authorSanusi bin Shariffen_US
dc.contributor.authorAzniwati bt Abdul Azizen_US
dc.contributor.authorRasmina bt Hasbullahen_US
dc.contributor.authorMohamed Akhiruddin Ibrahimen_US
dc.contributor.authorIrwan Mohd Subrien_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:41:24Z
dc.date.available2024-05-31T02:41:24Z
dc.date.issued2023
dc.descriptionE-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Penyunting Siti Rubaini Mat, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Anita Ismail 19 Disember 2023 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)en_US
dc.description.abstractIntegrasi ilmu Naqli dan Aqli merupakan model pendidikan yang diimplementasikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan menerapkan elemen-elemen yang memenuhi keperluan fizikal dan rohani. USIM merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mengetengahkan konsep ini secara komprehensif dalam semua kursus yang ditawarkan sejak awal penubuhannya lagi termasuklah kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah yang wajib diambil oleh pelajar Tamhidi Syariah dan Undang-Undang pada semester pertama mereka di Pusat Tamhidi. Subjek tersebut mengandungi pengetahuan asas tentang ilmu Fiqh, Usul al-Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, iaitu tiga cabang ilmu yang berkait rapat dengan ilmu perundangan dan syariah Islam. Oleh itu, analisis ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap elemen Naqli dan Aqli yang terdapat dalam kursus tersebut. Data dikumpulkan melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada 114 orang responden yang sedang mengikuti program tamhidi syariah dan undang-undang pada semester kedua lagi membolehkan proses perbandingan keputusan pencapaian mereka dalam kursus tersebut pada semester sebelumnya dilaksanakan. Kajian menunjukkan hasil yang positif apabila majoriti pelajar bersetuju bahawa mereka memperolehi faedah yang banyak melalui kursus Al-Mabadik Al- Fiqhiyyah yang menerapkan konsep integrasi Naqli dan Aqli. Mereka juga berpendapat bahawa subjek tersebut penting dalam pembentukan watak dan sahsiah mereka. Hal ini kerana elemen Naqli dan Aqli telah diselitkan dalam setiap topik yang dipelajari melalui kursus ini dan para pelajar dapat memahaminya dengan baik melalui contoh-contoh yang diberikan. Kajian juga membuktikan bahawa sebahagian besar mereka memperakui bahawa elemen Naqli dan Aqli dalam kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah mempunyai hubung kait dengan Kursus Undang-Undang yang dipelajari di pusat tamhidi dan menyedari terdapat keunikan dalam ilmu Fiqh berbanding undang-undang sivil. Akhir sekali, kajian mendapati hampir keseluruhan pelajar mengakui bahawa kursus ini menepati roh USIM sebagai sebuah universiti yang menerajui integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Kesimpulannya, elemen Naqli dan Aqli yang diterapkan di dalam setiap kursus yang ditawarkan oleh USIM tidak wajar dipandang enteng dan wajib diberi perhatian bagi merealisasikan Pelan Strategik USIM untuk menjadi Pusat Rujukan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli bukan sahaja di peringkat serantau malah di peringkat antarabangsa.en_US
dc.identifier.citationMat, S.R, Rahman, A.Ab, Abdulah, N. A, Ismail, A. (Eds.). (2023). In E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 (pp. 1–214). Penerbit USIM.en_US
dc.identifier.epage29
dc.identifier.isbne-ISBN: 978-629-7636-18-4
dc.identifier.spage21
dc.identifier.urihttps://pkausim.usim.edu.my/sais/
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18778
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPenerbit USIMen_US
dc.relation.conferenceSeminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023en_US
dc.subjectIntegrasi, Naqli, Aqli, Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah, Tamhidien_US
dc.titleElemen Naqli dan Aqli dalam Kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah: Kajian Analisis Terhadap Persepsi Pelajaren_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Elemen Naqli dan Aqli dalam Kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah Kajian Analisis Terhadap Persepsi Pelajar.pdf
Size:
308.22 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections