Publication:
Perlaksanaan Temuduga Dalam Talian Bagi Calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) UTM

dc.contributor.authorAsha Hasnimy Mohd Hashimen_US
dc.contributor.authorHalijah Ibrahimen_US
dc.contributor.authorNurlita Hassanen_US
dc.contributor.authorNorhila Mohd Zaiten_US
dc.date.accessioned2024-05-30T09:06:36Z
dc.date.available2024-05-30T09:06:36Z
dc.date.issued2021
dc.descriptionProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysiaen_US
dc.description.abstractPengenalan- Pandemik COVID-19 telah menyebabkan perubahan kepada norma baru dalam kehidupan harian. Ini termasuklah dalam pemilihan calon pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia. Perlaksanaan temuduga secara bersemuka bagi calon pelajar adalah menjadi prosedur utama yang dipraktikan oleh Sekolah Pendidikan sejak awal penubuhannya lagi (dahulu dikenali sebagai Fakulti Pendidikan, UTM) dalam pengambilan pelajar baru. Namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, Standard Operasi Prosedur (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipatuhi dalam mengekang penularan virus COVID-19. Sehubungan itu cabaran utama yang perlu dilakukan adalah merancang dan melaksanakan temuduga yang praktikal dalam situasi yang dinamik dan selamat. Objektif – Kertas kerja ini mendokumentasikan perancangan dan perlaksanaan temuduga dalam talian bagi calon pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Sekolah Pendidikan bagi ambilan semester 1 sesi 2020/2021. Ia juga akan membincangkan cabaran dan refleksi secara menyeluruh persepsi calon pelajar, penemuduga dan urusetia teknikal dalam pengendalian temuduga dalam talian tersebut. Methodologi – Kajian ini merupakan pelaporan perancangan dan perlaksanaan temuduga dalam talian bagi calon pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Sekolah Pendidikan bagi ambilan semester 1 sesi 2020/2021. Ia meliputi perancangan sebelum, semasa dan selepas temuduga dijalankan. Ia juga akan membincangkan cabaran dan refleksi secara menyeluruh mengenai perlaksanaan temuduga dalam talian dalam proses pemilihan calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia melalui soal selidik yang dikemukakan selepas tamat sesi temubual yang dilaksanakan. Data-data yang diperolehi melalui soal selidik tersebut dianalisa dan dapatan min purata diambil untuk mengambarkan hasil keseluruhan dapatan. Dapatan – Hasil dapatan secara keseluruhannya menunjukkan majoriti calon, penemuduga dan urusetia teknikal sangat bersetuju dengan perancangan dan perlaksaanan temuduga dalam talian yang dilaksanakan. Walaubagaimanapun beberapa penambahbaikan boleh dibuat untuk meningkatkan lagi proses dan kualiti temuduga dalam talian pada masa hadapan. Kepentingan – Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada organisasi / institutsi yang menjadikankan temuduga sebagai salah satu standard operasi prosedur (SOP) dalam pengambilan pelajar. Perlaksanaan temuduga dalam talian secara synchronous dapat dijalankan dengan lebih efisyen sekiranya beberapa perkara diambilkira seperti yang dibincangkan di dalam kertas kerja ini.en_US
dc.identifier.epage135
dc.identifier.isbneISBN: 9789674408855
dc.identifier.spage129
dc.identifier.urihttps://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/view
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18162
dc.language.isootheren_US
dc.publisherFakulti Pengajian Bahasa Utama, USIMen_US
dc.relation.conferenceProsiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020)en_US
dc.subjectnorma baru, pelajar pendidikan, standard operasi prosedur (SOP), temuduga dalamen_US
dc.titlePerlaksanaan Temuduga Dalam Talian Bagi Calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) UTMen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Perlaksanaan Temuduga Dalam Talian Bagi Calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) UTM.pdf
Size:
132.93 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: