Publication:
Hadis Fada’Il Al-Suwar Sebagai Motivasi Tadabbur Al-Qur’An: Kajian Perbandingan Antara Ibn Kathir Dan Al Tha’Alibiy Dalam Tafsir Surah Al-Baqarah

dc.contributor.authorAdnan Mohamed Yusoffen_US
dc.contributor.authorZulhilmi Mohamed Noren_US
dc.date.accessioned2024-05-30T07:13:07Z
dc.date.available2024-05-30T07:13:07Z
dc.date.issued2020-10-29
dc.descriptionProceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM009 242 - 263en_US
dc.description.abstractFadilat surah atau ayat dalam Quran merupakan suatu cabang daripada perbahasan ilmu-ilmu berkaitan Quran. Dalam masa yang sama ia juga terkandung dalam kitab-kitab hadis sebagai sebahagian dari topik utama periwayatan daripada baginda Rasulullah SAW serta para sahabat r.a. Dalam ilmu tafsir, nukilan riwayat mengenai fadilat ayat dan surah menjadi sebahagian dari tumpuan para mufasir bagi melengkapkan tafsiran mereka terhadap sesuatu ayat mahupun surah. Tradisi ini berkembang secara konsisten dan berstruktur sehingga menjadikan nukilan riwayat berkaitan fada’il sebagai sebahagian dari komponen utama mukadimah tafsir sesuatu surah dalam kitab-kitab tafsir termasyhur. Walau bagaimanapun, dalam konteks ini beberapa isu timbul dalam kalangan pengkaji terutama berkaitan kualiti hadis atau riwayat yang dipaparkan. Selain itu, hubungkait antara fadilat yang disebut dalam sesuatu hadis atau riwayat dengan kandungan serta objektif surah berkenaan turut menarik perhatian untuk dikaji, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk mencerap, menyerap serta menerapkannya dalam amalan hidup harian sehingga membentuk sebuah nilai diri unggul berteras Quran seperti yang digambarkan oleh Sayyidatuna Aishah r.a mengenai sahsiah Rasulullah SAW sebagai sebuah peribadi Quran, serta seperti yang disifatkan oleh Sayyid Qutb r.a mengenai keperibadian generasi para sahabat r.a sebagai sebuah jil Qura’an farid (generasi Quran yang unik). Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji, menilai dan merumuskan metode pemilihan hadis dua tokoh mufasir terkemuka dari aliran tafsir berasaskan riwayat iaitu Ibn Kathir dan al-Tha’alibiy dalam kitab tafsir mereka serta pendekatan mereka dalam menggabungjalinkan maksud hadis atau riwayat berkenaan dengan kandungan serta objektif surah dalam konteks menarik perhatian para audiens untuk mencerap, menyerap serta menerapkannya dalam diri masing-masing dengan erti kata yang dimaksudkan sebagai tadabbur al-Qur’an. Kajian ini adalah berasaskan penelitian terhadap kedua-dua kitab tafsir dua tokoh ini serta kitab-kitab utama hadis sebagai sumber primer dan kitab kitab takhrij serta tahkik hadis sebagai sumber sekunder seterusnya kajian-kajian lain berkaitan kedua-dua tokoh ini, metodologi tafsir, tadabbur al-Qur’an dan lain-lain sebagai pelengkap. Antara jangkaan dapatan utama kajian ialah hadis dan riwayat berkaitan fada’il suwar sangat penting dalam menarik perhatian audiens untuk mengkaji dan mengahayati kandungan sesuatu surah, namun setiap mufasir atau pengkaji perlu bijak dalam menyaring, memilih dan mempersembahkannya. Selain itu, para mufasir atau pengkaji juga perlu kreatif dalam menganalisis hubungkait fadilat sesuatu surah seperti yang terkandung dalam sesuatu riwayat dengan kandungan tersurat atau tersirat surah berkenaan, bagi membentuk keperibadian serta sahsiah audiens selari dengan maqasid al-Qur’an.en_US
dc.identifier.issn2756-8156
dc.identifier.uriwww.penerbit.usim.edu.my
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17250
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferenceProceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020en_US
dc.subjectFada’il Suwar,en_US
dc.subjectIbn Kathir,en_US
dc.subjectal-Tha’alibiy,en_US
dc.subjecttadabbur,en_US
dc.subjectQuran.en_US
dc.titleHadis Fada’Il Al-Suwar Sebagai Motivasi Tadabbur Al-Qur’An: Kajian Perbandingan Antara Ibn Kathir Dan Al Tha’Alibiy Dalam Tafsir Surah Al-Baqarahen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
BM009 - Hadis Fada’Il Al-Suwar Sebagai Motivasi Tadabbur Al-Qur’An Kajian Perbandingan Antara Ibn Kathir Dan Al Tha’Alibiy Dalam Tafsir Surah Al-Baqarah.pdf
Size:
731.34 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
Hadis Fada’Il Al-Suwar Sebagai Motivasi Tadabbur Al-Qur’An: Kajian Perbandingan Antara Ibn Kathir Dan Al Tha’Alibiy Dalam Tafsir Surah Al-Baqarah
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections